CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

Perancis secara rasmi iktiraf negara Palestin: Macron

[Copy link]
Post time 23-9-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin mengumumkan bahawa negaranya secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya mengisytiharkan bahawa hari ini, Perancis mengiktiraf negara Palestin,” kata Macron pada persidangan antarabangsa mengenai Palestin di New York menjelang permulaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) minggu ini.

“Sudah tiba masanya untuk menghentikan peperangan, pengeboman di Gaza, pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran rakyat.

“Tiada apa yang boleh membenarkan perang yang berterusan di Gaza,” katanya.

Macron menekankan keadaan yang mendesak, sambil berkata “masa untuk keamanan telah tiba kerana kita hanya tinggal sedikit masa sebelum peluang mencapai keamanan terlepas begitu sahaja.”

Beliau turut berterima kasih kepada negara-negara lain yang baru-baru ini mengumumkan pengiktirafan termasuk Andorra, Australia, Belgium, Kanada, Luxembourg, Malta, Monaco, Portugal, United Kingdom (UK) dan San Marino
.
Pengiktirafan itu membuka jalan kepada rundingan yang berguna dan bermanfaat untuk rakyat Israel dan Palestin ke arah “pelan keamanan dan keselamatan untuk semua.”

Macron berkata Perancis akan dapat membuat keputusan untuk membuka kedutaan kepada negara Palestin sebaik sahaja semua tawanan yang ditahan di Gaza dibebaskan dan gencatan senjata diwujudkan, dan Paris bersedia menyumbang kepada misi penstabilan antarabangsa di wilayah itu.

Persidangan berkenaan, yang dipengerusikan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi, merupakan rentetan kepada pertemuan seumpama itu pada Julai lalu.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak menghadiri mesyuarat itu.

Sejak 7 Oktober 2023, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah meragut nyawa lebih 65,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list