CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4727|Reply: 0

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga ATM

[Copy link]
Post time 16-9-2025 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga ATM

BERNAMA




Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah



Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-92.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga ATM sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas dedikasi, keberanian serta semangat juang yang kental dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air.

"Penghormatan turut dizahirkan kepada para perwira ATM yang telah gugur ketika menjalankan tugas. Jasa, bakti dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang sepanjang zaman, dan semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan para syuhada," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda berdua turut berdoa supaya ATM terus diperkasakan dengan teknologi serta kepakaran strategik, sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan tanah air dan panji ATM terus berkibar megah demi keamanan, kemakmuran dan kedaulatan Malaysia yang dicintai.


Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada warga ATM yang menjadi benteng utama berdiri teguh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran Malaysia.


"Terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota ATM atas pengorbanan, keberanian, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.



Disiarkan pada: September 16, 2025 @ 11:32am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1264608/sultan-pahang-tengku-ampuan-zahir-penghargaan-kepada-warga-atm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.837439 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list