CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 209|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] MESF sasar dua emas MLBB di Sukan SEA 2025

[Copy link]
Post time 13-9-2025 10:24 PM | Show all posts |Read mode
MESF sasar dua emas MLBB di Sukan SEA 2025

BERNAMA




MUHAMMAD Naim (dua kiri) pada sidang media, hari ini. FOTO MESF



Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menetapkan sasaran untuk memenangi dua pingat emas dalam acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berpasukan lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.

Presiden MESF Muhammad Naim Al-Amin berkata dua pingat emas itu mampu dicapai berdasarkan senarai atlet yang dipilih melalui proses pemilihan teliti, selain pengalaman luas mereka beraksi di pentas antarabangsa.

Beliau berkata keyakinan itu juga dipacu oleh pelantikan ketua jurulatih Michael Bocado atau lebih dikenali sebagai "Arcadia" dari Filipina yang disifatkan sebagai antara terbaik di dunia.

"Pada Sukan SEA sebelum ini, pemain kurang (mendapat pendedahan) pertandingan antarabangsa. Namun kini apabila pemain kita sudah beraksi di peringkat lebih tinggi, kita berharap pengalaman dan kemahiran itu dapat diterjemahkan untuk membawa semangat baharu dalam pasukan Malaysia


"Selain itu, kita turut diperkukuh dengan sokongan kejurulatihan yang saya percaya antara terbaik di dunia," katanya pada sidang media majlis memperkenalkan pasukan MLBB negara ke Sukan SEA 2025 di Bukit Jalil di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata penubuhan jawatankuasa pemilihan atlet yang antaranya melibatkan beberapa pemain industri membantu dalam mengenal pasti bakat terbaik untuk mewakili negara.

"Daripada jawatankuasa pemilihan juga kita dapat jurulatih walaupun agak sukar tetapi dengan bantuan MSN (Majlis Sukan Negara) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akhirnya termeterai senarai penuh pasukan MLBB lelaki dan wanita," katanya.

Sementara itu, pasukan lelaki MLBB negara diperkuat kombinasi Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (YumS), Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Ealtond Rayner (Lolealz), Muhammad Danish Fitri Razman (Uni) dan Idreen Abdul Jamal (Momo).

Pasukan wanita pula dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Mohd Nizam (Shaa), Hanis Wahidah Mohamad Dashuki (Hanie), Queenie Lim Mae Shen (Qu1nn), Afrina Balqis Ibdhi Har Ali (Rinaa), Arfah Hazira Shahiruddin (Tiramisu) dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi (Aria).

Sebagai rekod, Malaysia belum pernah memenangi emas dalam acara MLBB sejak ia dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina.

Malaysia membawa pulang perak dan gangsa masing-masing dalam acara MLBB berpasukan lelaki dan wanita pada edisi 2023 di Kemboja.

Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkla.

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/09/1263751/mesf-sasar-dua-emas-mlbb-di-sukan-sea-2025


Disiarkan pada: September 13, 2025 @ 10:09pm
https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/09/1263751/mesf-sasar-dua-emas-mlbb-di-sukan-sea-2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list