Terbuka Hong Kong: Perjuangan Pearly-Thinaah terhenti di separuh akhir
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
13 September 2025 03:29pm

Pearly (kanan) dan Thinaah tewas kepada Yi Fan-Shu Xian di pusingan separuh akhir Terbuka Hong Kong. Foto AFP
HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian di separuh akhir.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong yang dimenangi tahun lalu.
Dalam aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan negara yang juga pilihan kedua kejohanan tunduk kepada Yi Fan-Shu Xian selaku pilihan ketiga kejohanan dengan straight set 14-21, 11-21.
Untuk rekod, ini kali kelima berturut-turut Pearly-Thinaah tewas kepada lawan sama dalam enam pertemuan.
Malah, Yi Fan-Shu Xian sekali lagi menjadi penghalang mereka mara ke final, sebagaimana yang berlaku ketika menyingkirkan beregu negara itu di Masters Malaysia dan Terbuka China sebelum ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/747848/berita/sukan/terbuka-hong-kong-perjuangan-pearly-thinaah-terhenti-di-separuh-akhir
|