CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Alex Marquez benam abang sendiri

[Copy link]
Post time 7-9-2025 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Alex Marquez benam abang sendiri

Reuters




ALEX melintasi garisan penamat. FOTO AFP



Barcelona: Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez menamatkan rekod tanpa kalah abangnya, Marc untuk muncul juara Grand Prix (GP) Catalunya, sebentar tadi, hanya kemenangan kedua dalam kariernya di kelas perdana.

Alex bangkit menebus kekecewaan selepas terjatuh ketika mendahului saingan dalam perlumbaan Pecut pada semalam.

Marc sebelum ini memenangi 15 perlumbaan dan Pecut berturut-turut.

Jika dia menang, pelumba Ducati itu berpeluang menamatkan saingan lebih awal dengan gelaran ketujuh pada GP San Marino hujung minggu depan.

Namun, kekalahan itu menyaksikan kelebihan mata kejuaraan Marc dipotong kepada 182 mata dengan baki tujuh pusingan, sekali gus mengubah peluangnya untuk dimahkotakan juara hanya seawal GP Jepun hujung bulan ini.

Pelumba Tech3, Enea Bastianini menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk meraih podium pertama bersama pasukan itu.

Tempat keempat menjadi milik pelumba KTM, Pedro Acosta manakala bintang Yamaha, Fabio Quartararo melengkapkan kelompok lima terbaik.



Disiarkan pada: September 7, 2025 @ 9:07pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1261371/alex-marquez-benam-abang-sendiri




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.137692 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list