CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Sukan Bermotor] F1 tunda hasrat kembali ke enjin V8

[Copy link]
Post time 7-9-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
F1 tunda hasrat kembali ke enjin V8

Reuters





BEN Sulayem (tengah) juga sudah berbincang dengan pengeluar ketika di Monza hujung minggu lalu. FOTO Reuters



Monza: Formula Satu (F1) dijangka tidak akan kembali menggunakan enjin V8 sehingga sekurang-kurangnya tahun 2031 selepas pihak berkepentingan mengakui tiada kata sepakat berhubung cadangan untuk memperkenalkannya lebih awal.

Mesyuarat yang dijadualkan di London Khamis depan antara pengeluar unit kuasa dan badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) ditangguhkan kerana dianggap masih terlalu awal, menurut sumber di Grand Prix Itali.

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, sebelum ini memberitahu media pada Julai lalu bahawa F1 boleh kembali kepada enjin aspirasi normal V8 yang lebih bising dengan bahan api mampan sepenuhnya serta elemen elektrik kecil pada 2029.

Sukan ini bakal memulakan era enjin baharu musim depan dengan Audi serta Red Bull muncul sebagai pengeluar unit kuasa.

Bagaimanapun, Ben Sulayem mahu membawa semula enjin aspirasi normal yang pernah digunakan sebelum era enjin turbo hibrid V6 1.6 liter sekarang.

Mulai 2026, enjin F1 akan dipacu 50 peratus sistem hibrid, meningkat daripada sekitar 20 peratus, serta menggunakan bahan api mampan.

Menurut sumber, hala tuju semasa lebih kepada membiarkan enjin 2026 melengkapkan kitaran lima tahunnya sehingga akhir 2030, justeru tiada keperluan mendesak untuk mengadakan mesyuarat baharu sekarang.

Mesyuarat di Bahrain pada April lalu menghasilkan komitmen terhadap pelaksanaan enjin 2026.

Ben Sulayem juga sudah berbincang dengan pengeluar ketika di Monza hujung minggu lalu, dan rundingan akan diteruskan mengikut persetujuan di Bahrain.

Audi, Mercedes dan Honda difahamkan mahu enjin 2026 diberi tempoh penuh.

General Motors pula dijadualkan membekalkan enjin kepada Cadillac bermula 2029, manakala pasukan Renault Alpine akan beralih menggunakan enjin Mercedes musim depan.

"Bercakap mengenai 2026, Audi jelas dengan pendiriannya," kata prinsipal pasukan Jonathan Wheatley pada April lalu.

"Alasan mereka menyertai sukan ini adalah kerana teruja dengan tiga tonggak penting, pertama enjin berkecekapan tinggi, kedua sistem hibrid termaju, dan ketiga bahan api mampan sebagai asas utama."

Enjin 2026 juga dijangka memerlukan beberapa pengubahsuaian, namun tahap sebenar hanya akan diketahui selepas ia diuji tahun depan.



Disiarkan pada: September 7, 2025 @ 8:31pm

https://www.hmetro.com.my/arena/gosip/2025/09/1261363/f1-tunda-hasrat-kembali-ke-enjin-v8




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:17 PM GMT+8 , Processed in 1.243512 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list