CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 224|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] All Blacks kekalkan rekod 31 tahun tanpa kalah di Eden Park

[Copy link]
Post time 7-9-2025 04:10 AM | Show all posts |Read mode
All Blacks kekalkan rekod 31 tahun tanpa kalah di Eden Park

Reuters




AKSI antara New Zealand dan Afrika Selatan sebentar tadi. FOTO AFP



Auckland: New Zealand terus mempertahankan kubu keramat mereka di Eden Park apabila menewaskan seteru utama, Afrika Selatan 24-17 dalam aksi penuh sengit membabitkan dua pasukan terbaik dunia.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan bersejarah kepada Argentina di tempat lawan dua minggu lalu, skuad All Blacks bangkit dengan aksi berdisiplin dan penuh semangat juang untuk melanjutkan rekod tanpa kalah di stadium itu kepada 51 perlawanan sejak 1994.

Dua try menerusi Emoni Narawa dan Will Jordan membolehkan tuan rumah selesa mendahului 14-3 pada separuh masa pertama, sebelum Quinn Tupaea menambah try ketiga 13 minit sebelum tamat permainan.

Afrika Selatan cuba bangkit dengan dua try hasil sentuhan Malcolm Marx dan Cobus Reinach, namun percubaan mereka untuk menyamakan kedudukan disekat kemas oleh kapten Ardie Savea.

Pada penampilan ke-100, Savea muncul wira apabila melakukan turnover penting di garis try sendiri pada minit akhir untuk memastikan kemenangan All Blacks.

"Ia persembahan penuh keberanian. Saya bangga dengan rakan sepasukan, kami tahu Springboks datang dengan kekuatan penuh dan kami berjaya menyaingi mereka," kata Savea.

All Blacks bermula garang apabila Narawa menyudahkan hantaran silang Beauden Barrett pada minit kedua.

Jordan kemudian menambah try kedua hasil gerakan line out yang mengejutkan pertahanan lawan.

Springboks berusaha mengimbangi permainan melalui sepakan penalti Handre Pollard, tetapi kesilapan sendiri di set piece menjejaskan peluang mereka.

Marx berjaya merapatkan jurang selepas memanfaatkan larian agresif Kwagga Smith, sebelum Tupaea kembali meletakkan tuan rumah di depan.

Reinach kembali menyuntik harapan buat Springboks dengan try minit ke-74, namun Savea memastikan rekod 31 tahun tanpa kalah All Blacks di Eden Park kekal utuh.



Disiarkan pada: September 6, 2025 @ 6:16pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/09/1260999/all-blacks-kekalkan-rekod-31-tahun-tanpa-kalah-di-eden-park




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.664442 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list