CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Skuad hoki wanita negara dibaham China

[Copy link]
Post time 5-9-2025 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Skuad hoki wanita negara dibaham China

BERNAMA - September 5, 2025 @ 10:34pm





Skuad hoki wanita negara dibelasah China pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita 2025 di Gongshu, China, hari ini. Foto: FB AHF



KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara bermula langkah kiri apabila tewas 0-8 kepada tuan rumah, China pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita 2025 di Gongshu, China, hari ini.

Pada aksi di Gongshu Canal Sports Park Stadium, pasukan China tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Zou Meirong pada minit pertama sebelum Li Hong (13') dan Ou Zixia (17', pukulan sudut penalti) menambah kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, China terus garang dengan gol daripada Dan Wen (32'), Fan Yunxia (34', pukulan sudut penalti), Zou Meirong (36'), Chen Yang (40') dan Zhong Jiaqi (49') sekali gus memastikan kemenangan bergaya 8-0.

Anak buah Mohd Nasihin Nubli dijadual menentang Taiwan pada Ahad (7 Sept), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Korea Selatan pada Isnin.

Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita edisi kali ini berlangsung bermula hari ini hingga 14 September.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/09/1442739/skuad-hoki-wanita-negara-dibaham-china





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064415 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list