CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 275|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Harimau Malaya perlu jadikan Singapura 'lauk' seperti Vietnam

[Copy link]
Post time 4-9-2025 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Harimau Malaya perlu jadikan Singapura 'lauk' seperti Vietnam

Oleh Syafiq Aznan - September 4, 2025 @ 10:19am





Pemain Harimau Malaya menjalani sesi latihan di Stadium Nasional malam tadi menjelang aksi persahabatan menentang Singapura malam ini. - Foto Malaysia NT



KUALA LUMPUR: Meskipun sudah tiga bulan berlalu, kemenangan besar 4-0 dilakar Harimau Malaya ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil jelas masih 'panas' dan terus dirasai penyokong bola sepak tempatan.

Tidak dapat dinafikan kemenangan pada aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 itu membuatkan penyokong teruja dengan aksi skuad bimbingan Peter Cklamovski sekali gus menghadirkan jangkaan tinggi ke atas pasukan negara.

Malam ini, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menerima kunjungan pasukan jiran, Singapura untuk aksi persahabatan Tier 1 sebagai pengganti selepas Malaysia menarik diri dari menyertai Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025.

Mungkin aksi tetangga 'Seberang Tambak' ini tidak semahsyur 'Derbi Serumpun' antara Malaysia berdepan Indonesia namun pertembungan ini masih memiliki nilai tersendiri mengambil kira kedua-dua pasukan berkongsi sejarah bola sepak yang panjang.

Ketika ini, Singapura yang menghuni ranking ke-159 dunia 'tertinggal' 34 anak tangga di bawah Malaysia (125) namun beberapa pertemuan terakhir mencerminkan ranking bukanlah penentu terhadap keputusan sesuatu perlawanan itu.

Kali terakhir skuad negara tumbang di tangan Singapura adalah pada 26 Mac 2022 di mana mereka tewas 1-2 dan dua aksi terakhir menyaksikan skuad negara menang 4-1 sebelum terikat tanpa jaringan.

Prestasi skuad negara juga berada pada tahap terbaik apabila belum tewas dalam tiga perlawanan sepanjang tahun ini - tidak termasuk kekalahan 0-3 di tangan Cape Verde pada aksi tertutup, Jun lalu.

Singapura juga hadir dengan momentum yang baik - menang dua dan seri satu dalam tiga perlawanan terakhir sekali gus memberi bayangan aksi malam ini menjanjikan saingan yang sengit.

Apapun, perlawanan yang menawarkan mata ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ini bukan semata-mata menjadi 'ujian litmus' kepada pasukan negara.

Ini kerana ia turut menjadi ujian sejauh mana skuad negara boleh mengatasi tekanan dan menyempurnakan jangkaan tinggi yang diletakkan oleh penyokong selepas merakam kemenangan besar ke atas Vietnam, Jun lalu.

Cabaran terbesar yang perlu dihadapi Cklamovski dan anak buahnya sudah pasti untuk memastikan bagaimana mereka boleh terus menghidangkan 'santapan' berkualiti seperti yang sudah disajikan pada pertembungan terakhir sebelum ini.

Cklamovski sudah menghidangkan hidangan bertaraf 'fine dining' kepada penyokong jadi sudah pasti mereka tidak lagi menginginkan hidangan bertaraf 'kedai jalanan' selepas ini.

Mungkin ini harga yang perlu 'dibayar' oleh mereka kerana hanya kemenangan boleh memuaskan hati penyokong yang masih lagi 'asyik' dibuai dengan kemenangan epik itu.

Aksi Persahabatan Antarabangsa
Hari Ini
Malaysia mln Singapura
(Std Nasional Bukit Jalil, 9 mlm)

Ranking
Malaysia: 125
Singapura: 159


Rekod pertemuan Malaysia menentang Singapura
● 20 Disember 2024: Malaysia 0-0 Singapura (Kejuaraan AFF)

● 3 Jan 2023: Malaysia 4-1 Singapura (Kejuaraan AFF)

● 26 Mac 2022: Singapura 2-1 Malaysia (Persahabatan)

● 20 Mac 2019: Malaysia 0-1 Singapura (Piala Airmarine)

● 7 Oktober 2016: Singapura 0-0 Malaysia (Persahabatan)

● 29 November 2014: Singapura 1-3 Malaysia (Kejuaraan AFF)

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/09/1442059/harimau-malaya-perlu-jadikan-singapura-lauk-seperti-vietnam






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:28 PM GMT+8 , Processed in 1.871178 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list