CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee Wei juara dunia

[Copy link]
Post time 1-9-2025 04:23 AM | Show all posts |Read mode
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara muncul juara dunia. - AFP





Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee Wei juara dunia



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 31 Ogos 2025, 8:05 pm


Share on facebook




KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar sejarah baharu arena sukan tanah air selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, pilihan keempat kejohanan itu menundukkan beregu No.2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menerusi aksi straight set 21-15, 21-14.

Turun sebagai ‘underdogs’ pada perlawanan itu, Tang Jie-Ee Wei langsung tidak menunjukkan rasa gentar apabila mempamerkan aksi cukup meyakinkan seawal set pertama apabila meletakkan lawan dalam keadaan tertekan.

Pukulan smash serta ‘drop’ yang dilakukan Tang Jie selain kecekapan Ee Wei mengawal bahagian depan jaring membolehkan Malaysia memenangi set pertama 21-15, sekali gus menambah lagi api perjuangan.

Momentum itu diteruskan di set kedua apabila pasangan negara terus melakukan asakan demi asakan ke arah pasangan China tersebut sehingga memaksa kedua-dua pemain lawan membuat silap.

Sejarah baharu akhirnya tercipta pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 apabila Tang Jie-Ee Wei memastikan gelaran dunia menjadi milik mereka selepas melengkapkan kemenangan 21-14 di set kedua.

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei merupakan beregu campuran kedua negara yang meraih pingat pada Kejohanan Dunia selepas gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty memenangi gangsa ketika edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.

Sepanjang kempen 2025, pasangan ‘gangster duo’ itu sudah beberapa kali mencuba nasib untuk melangkah ke pentas final, namun sering terkandas di separuh akhir, termasuk pada Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Macau.

Bagaimanapun, segala pengorbanan serta penat lelah yang dihadapi selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila menjadi beregu campuran pertama negara meraih gelaran di Kejohanan Dunia. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/31/kejohanan-dunia-tang-jie-ee-wei-juara-dunia/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.788196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list