Piastri sambar petak utama GP Belanda
AFP - Ogos 30, 2025 @ 10:29pm

Oscar Piastri sambar petak utama GP Belanda. Foto: REUTERS
ZANDVOORT (Belanda): Pemandu McLaren, Oscar Piastri menyambar petak utama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Belanda dan bakal berada di barisan hadapan bersama rakan sepasukannya Lando Norris.
Piastri merekodkan catatan masa sepusingan 8.662 saat (s), 0.012s di hadapan Norris.
Ia adalah petak utama kelima bagi musim ini buat pemandu dari Australia itu yang sedang dalam misi untuk melebarkan pendahuluan sembilan matanya ke atas Norris dalam carta pemandu.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1440248/piastri-sambar-petak-utama-gp-belanda
|