CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aznil layak ke Sukan Komanwel Glasgow 2026

[Copy link]
Post time 26-8-2025 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Aznil layak ke Sukan Komanwel Glasgow 2026

Oleh Helmi Talkah - Ogos 26, 2025 @ 8:52pm




Atlet angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin meraih pingat emas kategori bawah 65kg pada Kejohanan Komanwel di Ahmedabad, India hari ini. – Foto Ayub Rahmat



KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin mengesahkan tiket awal ke Sukan Komanwel Glasgow tahun depan selepas memenangi pingat emas pada Kejohanan Komanwel di Ahmedabad, India, hari ini.

Bersaing dalam kategori baharu bawah 65 kilogram lelaki yang diperkenalkan Jun lalu, Aznil tenang mengangkat 125kg dalam snatch dan 172kg bagi clean and jerk untuk muncul juara dengan jumlah angkatan 297kg.

Peserta tuan rumah, Raja Muthupandi meraih perak dengan angkatan keseluruhan 296kg (128kg snatch, 168kg clean and jerk), manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Papua New Guinea, Morea Baru dengan 292kg (127kg snatch, 165kg clean and jerk).

Mengikut format kejohanan, pemenang emas setiap kategori layak secara automatik ke Sukan Komanwel.

Ia adalah pingat emas pertama Malaysia pada kejohanan kali ini selepas Mohamad Aniq Kasdan meraih gangsa dalam kategori 60kg lelaki dan Irene Henry meraih perak dalam kategori bawah 48kg wanita.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1438479/aznil-layak-ke-sukan-komanwel-glasgow-2026





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.111321 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list