CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 201|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA Pekak 2025: Wei Ying–Zu Tung pertahan emas

[Copy link]
Post time 24-8-2025 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Sukan SEA Pekak 2025: Wei Ying–Zu Tung pertahan emas



Ogos 24, 2025 @ 7:08pm




Beregu wanita negara, Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung mempertahankan kejuaraan dalam Sukan SEA Pekak 2025. - Foto MSDEAF



JAKARTA: Beregu wanita negara Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung sekali lagi membuktikan penguasaan mereka apabila mengetepikan beregu Indonesia, Dzakiyya Amalia Ma'ruf and Ghaniya Fadlilatun Nisa 21-13, 21-7, sekali gus mempertahankan kejuaraan dalam Sukan SEA Pekak.

Kejayaan itu menghadiahkan kontinjen Malaysia satu lagi kilauan emas dan menyemarakkan semangat mereka yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik Pekak di Tokyo pada November ini.

"Saya sangat bangga dan gembira kami dapat menjangkau sasaran pencapaian 17 emas Malaysia. Kami berlatih hampir setiap hari untuk bersedia menghadapi detik ini.

"Emas ini ialah sebahagian daripada perjalanan kami ke Olimpik Pekak. Impian kami ialah sebutir pingat dan kami sasarkan emas," kata Wei Ying menerusi jurubahasa, hari ini.

Pasangannya Zu Tung pula menyifatkan kejayaan itu sebagai perangsang keyakinan yang besar selain berbangga dapat menyumbang kepada sasaran pingat Malaysia.

Sementara itu, ketua jurulatih Chong Sook Chin, memuji kedua-dua mereka sebagai tulang belakang pasukan bagi misi Tokyo.

"Beregu wanita mencapai tahap yang kita mahu lihat menuju ke Olimpik Pekak. Mereka antara harapan pingat emas terkuat saya, bersama dengan beregu campuran," katanya.

Beliau menambah bahawa temasya di Jakarta memberikan penanda aras penting selepas pemain berehat panjang daripada aksi antarabangsa yang memberi mereka peluang untuk mempertajam kelebihan sebelum peringkat dunia.

Malaysia bertanding dalam kesemua lima acara badminton di Jakarta dan merangkul kemenangan menerusi beregu wanita dan beregu campuran. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1437468/sukan-sea-pekak-2025-wei-ying%E2%80%93zu-tung-pertahan-emas






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062344 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list