CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 183|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Marc Marquez catat rekod baharu litar GP Hungary

[Copy link]
Post time 23-8-2025 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Marc Marquez catat rekod baharu litar GP Hungary

Ogos 23, 2025 @ 6:26pm





Pelumba Ducati, Marc Marquez meraih petak utama Grand Prix Hungary di Balaton Park, Balatonfokajar, Hungary. - Foto AFP



BALATONFOKAJAR, Hungary: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez dua kali mencatat rekod baharu litar untuk meraih petak utama Grand Prix Hungary di Balaton Park, manakala rakan sepasukan Ducati, Francesco Bagnaia mengalami sesi kelayakan terburuk musim ini.

Marquez akan memulakan perlumbaan di barisan hadapan bersama pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, dan Fabio Di Giannantonio dari VR46 Racing – kedua-duanya mara dari sesi Q1 sebelum mencipta kejutan di pusingan penentuan.

"Ia mengejutkan (melihat mereka di barisan depan) tapi pada masa sama, tidak, kerana jangan lupa ini litar baharu.

"Setiap kali anda gunakan tayar baharu, anda temui had baharu. Mereka datang dari Q1 dan mempunyai rujukan tambahan. Mereka sangat pantas, tetapi kami buat kerja kami. Jadi saya gembira bermula di barisan depan, lebih-lebih lagi di petak utama," kata Marquez.

Sesi ini penuh drama apabila bintang KTM, Pedro Acosta – yang terpantas dalam latihan semalam – terjatuh awal hingga memusnahkan motornya. Acosta berlari ke penghadang untuk mengambil motosikal pengiring, sempat kembali ke trek dengan jentera gantian tetapi hanya mampu mencatat masa ketujuh terpantas.

Marquez sekali lagi membalas tekanan pesaing dengan memperbaharui rekod litar menerusi catatan 1 minit 36.518 saat bagi meraih petak utama kelapan musim ini.

Adiknya, Alex Marquez yang kini di tangga kedua kejuaraan dengan ketinggalan 142 mata, menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-11.

Bagaimanapun, pelumba Gresini Racing itu akan bermula di petak ke-14 selepas dikenakan penalti tiga petak kerana menunggang perlahan di garisan perlumbaan ketika sesi latihan dan mengganggu pelumba lain.

Bagnaia pula muncul kejutan terbesar apabila hanya mampu mencatat masa ke-15, gagal mara ke Q2 buat kali pertama musim ini. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1437097/marc-marquez-catat-rekod-baharu-litar-gp-hungary





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.265826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list