CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 283|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] EPL: Chelsea belasah West Ham tanpa kasihan

[Copy link]
Post time 23-8-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode
JOAO PEDRO (kiri) meledak satu gol dan dua bantuan jaringan menewaskan West Ham awal pagi tadi. – AFP





EPL: Chelsea belasah West Ham tanpa kasihan



  • Oleh KOSMO!
  • 23 Ogos 2025, 4:44 pm




LONDON – Chelsea kembali menemui rentak ke­menangan selepas mem­belasah West Ham United 5-1 pada aksi Liga Per­dana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium London awal pagi tadi.

Meskipun ketingga­lan 0-1 di awal perla­wanan hasil jaringan Lu­cas Paqueta, namun juara Piala Dunia Ke­lab (CWC) itu bangkit dengan meledak lima gol menerusi Joao Pedro, Pedro Neto, En­zo Fernandez, Moises Caicedo dan Trevoh Chalobah.

Pengurus Chelsea, Enzo Ma­res­ca menyuarakan rasa gem­bi­ra atas kemenangan be­sar itu, lebih-lebih lagi me­­reka beraksi tanpa ke­­libat Cole Palmer yang di­gugurkan daripada ke­sebelasan utama akibat kecederaan.

“Permulaan yang kurang baik ha­ri ini selepas Pal­mer mengalami kecederaan se­lain melepaskan gol awal. Ba­­gai­manapun, reaksi yang dipa­merkan pemain membuatkan sa­ya sangat kagum.

“Mereka cukup yakin dengan perancangan dibuat untuk perlawanan hari ini. Semua pemain menunjukkan komitmen cukup tinggi ketika menyerang dan bertahan, jadi saya sangat gembira,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga gem­bira dengan aksi ditunjukkan bintang remaja, Estevao Willian apabila bangkit menebus kesi­lapan awal yang menjadi punca ke­pada gol pembukaan perlawanan tersebut.

“Kami bolos satu gol atas kesilapan yang dia lakukan ketika melakukan gerakan. Sebagai seorang pemain muda, dia perlu belajar daripada kesilapan tetapi secara keseluruhan, Estevao bermain cukup baik,” ujar Maresca. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2025/08/23/epl-chelsea-belasah-west-ham-tanpa-kasihan/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060955 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list