Kelantan TRW kejutkan KL City
Oleh BERNAMA - Ogos 18, 2025 @ 11:43pm

Pemain Kelantan The Real Warriors FC meraikan jaringan ketika aksi Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan The Real Warriors (TRW) memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 hasil jaringan ketua pasukan Ifedayo Omosuyi pada minit kelima, sebelum meletakkan pasukan itu selesa di depan apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-17.
Kelantan TRW melebarkan kedudukan selepas penyerang Sean Selvaraj meledak gol ketiga pada minit ke-65, sebelum KL City memperoleh gol sagu hati menerusi Syamer Kutty Abba pada minit ke-86.
Perlawanan kedua pusingan 16 terbaik dijadualkan berlangsung dari 12 sehingga 14 Sept ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1434993/kelantan-trw-kejutkan-kl-city
|