CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Bekas Ketua Polis Kelantan isi kerusi Presiden KRW

[Copy link]
Post time 18-8-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ketua Polis Kelantan isi kerusi Presiden KRW

Oleh Nor Amalina Alias - Ogos 18, 2025 @ 6:38pm




Bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilantik sebagai Presiden Kelantan Red Warrior (KRW) FC. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



KOTA BHARU: Bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun membuat kejutan apabila diumumkan sebagai Presiden Kelantan Red Warrior (KRW) FC berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman berkenaan jawatan disandang Muhamad Zaki, 61, dibuat Ketua Pegawai Eksekutif KRW, Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar.

Muhamad Zaki sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Kelantan sebelum bersara wajib pada 31 Ogos tahun lalu.

Muhamad Zaki berkata, dia bersetuju menerima tawaran tertinggi itu bagi membina pasukan yang kuat dengan mementingkan konsep kerjasama.

Katanya, perancangan awal beliau bagi memimpin pasukan adalah dengan memberi fokus pembinaan anak jati Kelantan bagi mengisi barisan skuad KRW.

"Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang sukan bola sepak, tapi kita kena lihat Jose Mourinho pun tidak mempunyai latar belakang sebagai pemain bola sepak tertinggi tapi masih boleh menguruskan pasukan bola sepak dengan baik.

"Tidak terfikir untuk bersama pasukan (bidang bola sepak) tetapi apabila difikirkan, saya rasa tiba masanya ada sesuatu yang saya boleh berikan kepada sukan bola sepak," kata Muhamad Zaki dalam sidang media selepas majlis tandatangan di butik Amar Amran, di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki yang berpengalaman selama 37 tahun dalam bidang kepolisan turut menekankan konsep 5S untuk dicapai pengurusan seperti 'stamina', 'strength' (kekuatan), 'skill' (kemahiran), 'speed' (kelajuan) dan 'strategy' (strategi).

Dalam majlis itu, KRW turut mengumumkan syarikat butik pakaian yang dimiliki anak jati Kelantan, Datuk Amar Amran sebagai penaja pasukan musim ini.

Sementara itu, Wan Fajarulekram berkata, pelantikan Muhamad Zaki sebagai Presiden adalah tindakan progresif kelab bagi memastikan KRW menjadi pasukan yang mantap dari kepimpinan dan pengurusan kelab.

"Kita pilih Datuk (Muhamad Zaki) atas dasar integriti, dan dapat bantu uruskan pasukan dengan disiplin dan kerjasama yang lebih baik," kata Wan Fajarulekram.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1434917/bekas-ketua-polis-kelantan-isi-kerusi-presiden-krw





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.607748 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list