CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 229|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Sukar anjur semula F1 di Sepang

[Copy link]
Post time 17-8-2025 08:48 PM | Show all posts |Read mode
PENGANJURAN perlumbaan F1 di Sepang pernah dianggap sebagai antara yang terbaik di dunia. - AFP





Sukar anjur semula F1 di Sepang


  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 17 Ogos 2025, 7:04 pm




KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif mengakui bukan satu perkara mudah untuk kembali menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) di Malaysia.

Ia berikutan kos penganjuran yang mungkin mencecah lebih RM300 juta setahun, sekali gus bakal memberikan impak cukup besar kepada operasi kewangan dalam usaha memastikan F1 berjalan lancar.

Beliau berkata, keputusan Malaysia untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan itu selepas edisi 2017 merupakan tindakan yang merugikan selain berharap penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tidak mengalami nasib sama.

“Kita tidak mahu mengulangi kesilapan lalu, iaitu kita melepaskan penganjuran F1 dan sekarang amat sukar untuk mendapatkannya semula. saya harap perkara sama tidak berlaku kepada MotoGP.

“Jika mahu menganjurkan semula F1, kita perlu membayar yuran perlumbaan sebanyak AS$70 juta (RM330 juta) bagi setiap edisi. Itu belum termasuk kos persiapan sekitar RM10 hingga RM20 juta dengan jumlah keseluruhan lebih RM300 juta setahun,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia pernah menganjurkan perlumbaan F1 di Sepang bermula 1999 hingga 2017 sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan penganjuran ekoran kos yang terlalu tinggi.

Dalam pada itu, Shafriman turut menggesa semua pihak supaya berganding bahu sekiranya mahu melihat F1 kembali ke bumi Malaysia selain menegaskan, keuntungan tidak dapat diperoleh dalam tempoh singkat.

“Bukan SIC sahaja yang mahu F1 kembali, namun pihak-pihak lain juga inginkan perkara itu. Kita perlu tengok bagaimana Singapura buat, mereka mendapat sokongan penuh daripada kementerian, sektor korporat dan hotel,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/17/sukar-anjur-semula-f1-di-sepang/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2025 09:25 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Nak letak kesalahang atas kerajaang lama lah tu... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046483 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list