CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Terbang dari Jakarta ke KL, Bianca ‘tawan’ kesukaran RSGC

[Copy link]
Post time 16-8-2025 02:37 AM | Show all posts |Read mode
Bianca menunjukkan trofi kejohanan selepas merangkul kejuaraan golf Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-48. - Foto ihsan RSGC.





Terbang dari Jakarta ke KL, Bianca ‘tawan’ kesukaran RSGC


  • Oleh KOSMO!
  • 15 Ogos 2025, 10:06 am





KUALA LUMPUR – Pemain Indonesia, Bianca Naomi Laksono membuktikan keunggulannya apabila mengenepikan cabaran pemain Filipina, Samantha Dizon dalam aksi playoff untuk merangkul kejuaraan golf Terbuka Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club (RSGC) ke-48 di sini baru-baru ini.

Dia yang bertanding buat kali ketiga kejohanan anjuran RSGC itu, mencatatkan 72, 71, dan 74 dalam saingan tiga pusingan untuk menghimpunkan 217 pukulan dalam aksi di Lapangan Timur itu.

Dizon yang terpaksa berpuas hati selaku naib juara mencatatkan 71, 74 dan 72 bagi memaksa perlawanan penentuan itu.

Pemain negara, Charlayne Chong yang mendahului saingan pusingan pertama, mengakhiri cabaran di tempat ketiga dengan catatan 218, hanya ketinggalan satu pukulan untuk layak ke pusingan playoff.

Dia yang mulanya mempamerkan persembahan menakjubkan dengan catatan 68, gagal mengekalkan konsistensi itu pada pusingan kedua apabila merekodkan 80 sebelum menamatkan saingan pusingan ketiga dengan 70.

Dalam pada itu, Bianca, 19, yang membawa pulang Trofi Tuanku Bahiyah melahirkan rasa teruja dengan kejayaannya itu kerana ia adalah kejuaraan pertama berjaya dirainya di luar negara.

“Ini adalah kali pertama saya memenangi pertandingan di luar Indonesia. Saya sangat teruja dan gembira dengan pencapaian ini. Ia sangat manis kerana lapangan RSGC ini sangat sukar dan ini adalah kali ketiga saya menyertainya.

“Satu daripada impian saya bagi tahun ini adalah untuk terpilih mewakili Indonesia pada temasya Sukan SEA,” kata pemain berusia 20 tahun itu yang sebelum ini mewakili negaranya pada saingan Piala Sirkit Queen 2022.

Pada saingan Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-48 ini, Bianca turut memenangi Trofi Toh Puan Norashikin untuk kategori nett selepas mencatatkan 131, dipisahkan satu mata dengan pemain negara, Choi Quinn-Cie yang merekodkan 132 pukulan.

Tidak terhenti di situ, Bianca bersama-sama rakan senegara iaitu Sania Talita Wahyudi, Sarisa Pojanalai, Angel Thongaram dan Iris Mehri Muslu turut menjulang Piala Datin Azian.

Dia juga memenangi Piala Clarissa Lee iaitu kategori nett berpasukan, bergandingan dengan Sania, Puttida Thongphen dan Veawdao Junta.

Meskipun gagal bergelar juara, Dizon mendapat penawar duka apabila layak berentap pada saingan kelayakan peringkat ASEAN Kejohanan Maybank di Kuala Lumpur Golf & Country Club.

Slot itu sepatutnya diberikan kepada Bianca selaku juara, namun index handicap 3.0 yang dicatatkannya melebihi daripada 2.0 maksimum kelayakan ditetapkan.

Sementara itu, Charlayne berharap dapat bangkit lebih baik pada saingan akan datang selepas menduduki tempat ketiga kejohanan kali ini susulan gagal mengekalkan persembahan pada pusingan kedua.

“Pada hari pertama, saya beraksi sangat baik dan gembira dengan catatan itu. Namun pada hari kedua, apa yang dirancang tak berjalan seperti diharapkan.

“Namun syukur, saya berjaya bangkit (hari terakhir). Saya bermula bagus dan berakhir dengan baik apabila berjaya melakukan birdie pada dua lubang terakhir. Ia benar-benar mengimbangi kesilapan saya pada hari kedua,” katanya.

Pemain kelahiran Sabah itu ketika ini menduduki tangga ke-351 dunia dalam senarai Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR), ketiga terbaik selepas dua lagi pemain negara iaitu Jeneath Wong (95) and Wang Xin Yao (158).

Dalam pada itu, pemain negara, Nur Diana Syafiqah berjaya melakukan hole-in-one atau permainan selubang pada pusingan terakhir untuk membolehkan dia memenangi tiket penerbangan AirAsia ke Sydney.

https://www.kosmo.com.my/2025/08/15/terbang-dari-jakarta-ke-kl-bianca-tawan-kesukaran-rsgc/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:44 PM GMT+8 , Processed in 1.484017 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list