CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 12

Lepas 70 hari anak meninggal, ibu dituduh lupakan arwah sebab pergi bercuti... Bukan niat berseronok, cuma nak ubati duka

[Copy link]
Post time 15-8-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya disindir kerana pergi bercuti selepas 70 hari kehilangan insan tersayang.


Menurut wanita itu, ada individu yang memberi teguran sinis dengan menuduh ibunya mahu berseronok meskipun anak baru sahaja meninggal dunia.


Menerusi hantaran yang dibuat di Thread, wanita itu berkata percutian itu sama sekali bukan bertujuan untuk melupakan arwah kakaknya, tetapi salah satu cara mereka sekeluarga mengubat hati yang sedang berduka.


"Hari ni (Rabu) genap 70 hari Along (panggilan arwah kakak) pergi. Salah ke kalau kami sekeluarga pergi bercuti?


"Sebab ada mulut yang berkata dekat ibu anak baru meninggal nak pergi seronok-seronok?


"Kami pergi bukan untuk melupakan dia tapi untuk ubat lara di hati, salah ke?" kata wanita itu, terkilan.


Perkongsiannya itu ternyata mendapat pelbagai komen dan reaksi netizen.


"Tak apa, cari cara anda sendiri untuk mengubati hati. Semua orang ada kaedah tersendiri. Pedulikan je orang lain dan fokus pada diri. Simpati dengan kehilangan awak.


"Kita tak boleh tutup mulut orang. Islam juga tak ajar kita terus meratapi kematian. Hanya perlu berkabung. Semoga Allah ampunkan dosa arwah dan dosa kita semua," antara komen netizen.


Pada 21 Jun lalu, wanita ini berkongsi hantaran memaklumkan bahawa kakaknya yang dipanggil Along telah meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur dua minggu sebelum itu.


Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak cuba menenangkan ibunya dengan cara tidak sensitif, menyatakan bahawa emaknya masih mempunyai anak lain.


Bagi mereka sekeluarga, kehilangan itu tetap meninggalkan kekosongan yang tiada galang gantinya.


"Kami baru saja kehilangan kakak kami. Ada sesetengah orang cakap dekat mak tak apa, awak masih ada anak-anak lain.


"Tidak ye semua... Kalau kami adik beradik tak ada rancangan lain, ibu saya akan angkut kami lapan beradik kalau pergi kenduri ke atau pergi mana-mana.


"Tolong la jangan cakap macam tu kalau tak pernah rasa kehilangan," tulisnya dalam hantaran tersebut.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2025 12:49 PM | Show all posts
idup perlu diteruskan. Tak kan nak sedih2 je selamanya. Yang cakap macam tu, mesti belum pernah rasa kehilangan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 01:38 PM | Show all posts
biar je dia org tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia mmg suka menghakimi dik tmsklah den ni ha...tp selagi ko xbuat perkara2 yg bukan2, persetankan sahaja mulut2 murai mereka dik..hidup kene teruskan selagi bernyawa.. buruk baik semua kene hadap.. hiduplah sebaiknya ok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 03:17 PM | Show all posts
ya kadang2 tu tiket da beli lagi awal almaklumlah perancangan mst beberapa bulan sebelum, tiket beli awal lebih murah...sambil2 tu boleh healing...dont judge guys..nak judge blkg2 xper jgn ddepan muka..sedih hati org tu mempertikaikan keputusan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 10:32 PM | Show all posts
sumthing wong sumwer

anak baru meninggal mesti xlalu nak makan mani tak basah tido tak lena masih lalu bersiar siar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni tiba² rasa sedih.. teringat arwah pakcik meninggal tahun 2022. Dah lah lama tak jumpa sebab covid. Ayah aku pon sedih sebab lama tak jumpa adik dia.. seminggu lepas adik dia meninggal, dia ajak ktorang gi pulau tioman. Sian ayah. Al fatihah utk arwah paknjang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 11:42 AM | Show all posts
Xkan lah nak meratap kat kubur tiap2 hari bru d katakan btul2 sedih & sygkan anak? Pelik netz ni, krg bila acik tu buat mcm tu, nnti d ktanya acik tu x dpt move on. Ntah apa2 je netz, bodoh pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2025 11:43 AM | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 15-8-2025 01:55 PM
Manusia mmg suka menghakimi dik tmsklah den ni ha...tp selagi ko xbuat perkara2 yg bukan2, persetank ...

Netz mmg gitu, smua x kena kat mata dorg. Nnti klau acik tu brumah kat kubur anak, msti ada lgi yg akan kluar dri mulut dorg yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat luar nampak happy,dalam hati siapa yang tahu kan..orang yg dh rasa kehilangan tu je tahu yg sampai bila2 rasa pilu tu tak kan dapat diganti dengan apa2 pun,plus ada lg tanggungjawab lain,dan ank2 lain perlu di uruskan..hidup tetap kena teruskan..kita kena doa yang baik2 untuk orang lain pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizens kan chebye semua nak ikut rentak depa. Nak nangis ni mana2 pun boleh netizens oiiiii. Ntah2 depa nangis dlm plane kita tau. Dari nangis kat kubur baik nangis kat awan biru. Gittew
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngok nye la kaki pitenah tu. Org nk rilex, main hembus je yg bkn2
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 03:12 PM | Show all posts
apa salahnya, mengubati rasa sedih..nak dengar kata orang bukan dia org hadap ..jadi ikut cara sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.569543 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list