CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 201|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Skuad ragbi B-18 harumkan nama negara di Hong Kong

[Copy link]
Post time 11-8-2025 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Skuad ragbi B-18 harumkan nama negara di Hong Kong

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





PEMAIN negara meraikan kejayaan selepas menumbangkan Singapura. FOTO Ihsan Ragbi Malaysia




Kuala Lumpur: Pasukan ragbi remaja Bawah 18 tahun (B-18) negara muncul juara selepas menewaskan Singapura 31-26 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Sekolah Asia di Hong Kong, semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, anak buah Nazeer Nesharah membuktikan mereka layak bergelar pemenang apabila mengekalkan disiplin serta menampilkan aksi yang konsisten sepanjang pertandingan sehingga tidak memberikan banyak ruang dan peluang kepada lawan.

Bagi Nazeer, kemenangan ini adalah suntikan moral buat pemain bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Asia Bawah 18 Tahun di China pada 17 Ogos depan tetapi beliau melihat masih ada beberapa perkara yang harus dibetulkan sebelum pertandingan itu bermula.

"Setakat ini, kita melihat pasukan ini, insya-Allah ada peluang sekiranya diberikan kesempatan untuk melangkah lebih jauh. Tetapi dari segi persediaan, saya rasa kita perlu tingkatkan lagi persediaan bagi menghadapi pasukan-pasukan yang lebih kuat selepas ini," katanya.

Terdahulu, pada kejohanan itu, skuad kendalian Nazeer berada di kelas tersendiri apabila mencatat kemenangan bersih bermula di peringkat kumpulan, membelasah Kazakhstan 40-5 dan China (29-12) sebelum Thailand menjadi mangsa di separuh akhir, 24-5.

Untuk makluman, pasukan negara berjaya memperbaiki pencapaian pada edisi 2019 yang diadakan di Johor, di mana ketika itu wakil negara turut layak ke pentas final tetapi sekadar meraih naib juara.



Disiarkan pada: Ogos 11, 2025 @ 9:16pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1251156/skuad-ragbi-b-18-harumkan-nama-negara-di-hong-kong




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 1.796955 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list