CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6855|Reply: 0

Shazeli Kahar terima tugas Ketua Polis Selangor hari ini

[Copy link]
Post time 30-7-2025 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Shazeli Kahar terima tugas Ketua Polis Selangor hari ini

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor - Julai 30, 2025 @ 11:17am




Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Gilberd AK Philip Layang (tengah) menyaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan (kiri) menyerahkan dokumen kepada Ketua Polis Selangor baharu, Datuk Shazeli Kahar pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di IPK Selangor, Shah Alam. - NSTP/ FAIZ ANUAR



SHAH ALAM: Bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Shazeli Kahar menerima tugas sebagai sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, Komisioner Polis Gilberd Philip Layang.

Shazeli mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Selangor menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang kini menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 21 Julai lalu.

Kekosongan jawatan itu sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Zaini Abu Hassan.

Shazeli dalam pada itu menzahirkan penghargaan atas kepercayaan diberikan dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar untuk dipikul.

"Saya sedar harapan masyarakat dan warga PDRM terhadap kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan dekat di hati.

"Justeru, saya bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran yang dibina sebelum ini serta memacu perubahan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negeri Selangor sentiasa terpelihara," katanya melalui ucapan pada majlis hari ini.

Shazeli, 50, berkhidmat dalam PDRM hampir 25 tahun dengan memulakan tugas sebagai pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Perak.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan strategik di Bukit Aman serta mengetuai Cawangan Khas di IPK Perak yang melibatkan pemantauan terhadap ekstremis sosial dan pelampau agama.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1426438/shazeli-kahar-terima-tugas-ketua-polis-selangor-hari-ini







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.757021 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list