CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6928|Reply: 1

TDM gesa kawalan ketat perolehan pertahanan susulan penalti Gempita RM167 juta belum dikutip

[Copy link]
Post time 29-7-2025 04:49 PM | Show all posts |Read mode
TDM gesa kawalan ketat perolehan pertahanan susulan penalti Gempita RM167 juta belum dikutip

Zahratulhayat Mat Arif[email protected]






LATIHAN Serangan Akhir dan Majlis Penutup Eksesais Keris Strike Siri 30/2025 bersama United States Army Pacific Command dan Tentera Darat Australia di Ladang Ayer Kuala Lenggong. FOTO L Manimaran




Lenggong: Tentera Darat Malaysia menggesa supaya kawalan yang lebih ketat terhadap perolehan dan mekanisme penguatkuasaan kontrak dilaksanakan susulan pendedahan bahawa penalti kelewatan sebanyak RM167 juta masih belum dikutip daripada kontraktor yang bertanggungjawab membekalkan kereta perisai Gempita.

Isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu menunjukkan, masih wujud kelemahan berterusan dalam penguatkuasaan perolehan pertahanan khususnya dalam aspek mengenakan dan mengutip penalti kontrak akibat kelewatan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, walaupun Tentera Darat Malaysia (TDM) berperanan sebagai pengguna akhir aset pertahanan, tanggungjawab untuk menguatkuasakan kontrak terletak sepenuhnya di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef).

"Kami melaporkan kelewatan apabila ia berlaku, tetapi penguatkuasaan penalti adalah di bawah Mindef sebagai pengurus kontrak.

"Ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku tetapi kes ini dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara," katanya.

Beliau mengesahkan bahawa penalti RM167 juta terkait kelewatan pembekalan kereta perisai Gempita masih belum dikutip.

"Tiada bukti berlaku ketirisan atau salah laku, tetapi jelas prosedur mungkin tidak dipatuhi sepenuhnya.

"Pada masa hadapan, kita perlu ingatkan pengurus kontrak untuk memastikan penguatkuasaan dan kutipan dilaksanakan dengan betul," katanya.

Hafizuddeain berkata, penalti itu akan dikutip secara berperingkat termasuk melalui tuntutan bon prestasi serta dengan menolak jumlah itu daripada kontrak masa depan dengan syarikat yang sama.

Beliau turut menekankan risiko reputasi yang boleh menjejaskan imej tentera sambil menambah bahawa walaupun TDM tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan kontrak, mereka tetap memantau rapi pelaksanaan projek perolehan.

"Kami sentiasa memantau keadaan kerana kami tidak mahu perkara sebegini dilaporkan dan menjejaskan nama baik TDM.

"Mungkin prosedur tidak dipatuhi sepenuhnya dalam pengurusan kontrak. Jadi selepas ini, kita akan lebih berhati-hati.

"Mungkin kita perlu ingatkan pengurus kontrak supaya kutipan dilakukan kerana kita masih ada banyak projek yang sedang berjalan," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Ketua Audit Negara mendedahkan kelemahan dalam pengurusan kontrak kereta perisai oleh TDM termasuk kegagalan mengutip penalti RM162.75 juta daripada pembekal.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025, penalti itu berpunca daripada kelewatan pembekalan 70 unit Gempita antara Ogos 2020 hingga Disember 2022.

Gempita dihantar sehingga 1,048 hari lewat daripada jadual asal.

Namun, Kementerian Pertahanan membuat bayaran penuh RM7.5 bilion untuk kontrak berkenaan setakat Jun 2023.



Disiarkan pada: Julai 29, 2025 @ 3:38pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2025 06:00 PM | Show all posts
"Tiada bukti berlaku ketirisan atau salah laku, tetapi jelas prosedur mungkin tidak dipatuhi sepenuhnya.
"Pada masa hadapan, kita perlu ingatkan pengurus kontrak untuk memastikan penguatkuasaan dan kutipan dilaksanakan dengan betul," katanya.


We are still at the mending mode, slowly but surely.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 1.192687 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list