CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 842|Reply: 3

Bekas suami macam bercinta dengan anak umur 20 tahun! Sembang 18SX, rayu ucap sayang... Merajuk kalau sehari tak ‘call’

[Copy link]
Post time 29-7-2025 02:44 PM | Show all posts |Read mode



PERTANYAAN seorang wanita mengenai mesej berunsur lucah antara bekas suaminya dan anak perempuan, menimbulkan kebimbangan ramai.


Menerusi hantaran yang dimuat naik, wanita dikenali sebagai Sue Othman turut mempersoalkan kewajaran seorang bapa terlalu kerap menghubungi anak perempuannya dan berbual menerusi panggilan telefon.


Bukan itu sahaja, gadis berusia 20 tahun itu turut diminta melafazkan ungkapan rindu dan sayang secara berulang kali setiap hari.


"Normal ke seorang bapa chat (mesej) dan call anak perempuan yang dah umur 20 tahun.


"Sentiasa minta anak sebut rindu, sayang? Apabila tak call sehari, merajuk bagai," ujarnya menerusi hantaran di laman Thread.


Wanita ini turut mendakwa bekas suaminya berbual mengenai perkara berunsur lucah atas alasan mahu melayan anak seperti rakan sebaya.


“Call sembang lama-lama sampai tahap cerita 18SX.


"Atas alasan nak treat macam kawan sebaya… sakit kepala fikir,” tambahnya yang bimbang dengan situasi ini.


Bagi wanita ini, kasih sayang terhadap anak tidak perlu ditunjukkan melalui kata-kata yang berlebihan, sebaliknya tanggungjawab sebagai ibu bapa ditunaikan sebaik mungkin.


Bercerita lanjut, dia turut mendedahkan pernah melarikan anaknya jauh daripada lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai seorang narsistik.


Namun malangnya, apabila mencapai usia dewasa, anak gadisnya tetap mencari nombor telefon bapanya.


"Saya dah bawa lari dia jauh dari bapa yang narsistik... tapi dah besar pandai-pandai dia cari nombor telefon bapanya dari telefon saya.


"Semoga Allah melindungi kami,” tulisnya sambil menyatakan anaknya mempunyai masalah pembelajaran.


Lebih membimbangkan apabila anaknya juga tidak rasa bersalah tentang kandungan perbualan dengan bapa dan menganggapnya seperti perkongsian cerita atau rahsia dengan kawan-kawan.







Dakwanya lagi, lelaki terbabit juga membuat perancangan untuk memutuskan hubungannya dengan suami bagi membolehkan mereka membina keluarga bersama.


Hantaran tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-ratanya menyokong tindakannya memutuskan hubungan komunikasi antara anaknya dan bekas suami.


Ada juga yang menzahirkan keprihatinan terhadap isu batas hubungan antara bapa dan anak, khususnya dalam konteks komunikasi yang sihat dan beretika.


"Kalau setakat sayang dan rindu okay lagi, tapi sampai 18SX ni tak normal. Rakan sebaya apanya, baik upload call recorder pada telefon anak.


"Cegah sebelum parah, anak sendiri kot bukan jauh nak cari.


"Bermula dengan cerita, sudahnya ke katil... 'grooming' tu, ada vibes nak 'makan' anak sendiri," netizen turut meluahkan kebimbangan.


Sumber : –  mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2025 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 mcm ni pun nk tanya netizen ke. G report polis la be ngap
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2025 07:15 PM | Show all posts
bapa.. dan anak perempuan umo 20 tahun??

sorry to say, nauzubillah min zalik.. tapi mungkin dah terlewat ni..
memang kena buat report kepada pihak berkuasa berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 04:39 PM | Show all posts
swimswim replied at 29-7-2025 03:57 PM
Benda2 mcm ni pun nk tanya netizen ke. G report polis la be ngap

Zmn skrg ni smua nak up ke internet dlu wlaupn dia dh thu bnda tu mmbahayakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.247071 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list