CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 867|Reply: 0

[Kelantan] Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1.14 juta batang rokok putih di Pasir Mas

[Copy link]
Post time 17-7-2025 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1.14 juta batang rokok putih di Pasir Mas

Julai 17, 2025 @ 7:57am





Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mematahkan cubaan menyeludup masuk 1.14 juta batang rokok putih dalam serbuan di Kampung Alor Mengkuang, Pasir Mas. - Foto Polis Marin



KOTA BHARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mematahkan cubaan menyeludup masuk 1.14 juta batang rokok putih dalam serbuan di Kampung Alor Mengkuang, Pasir Mas, semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga ACP Zulafendy Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, sepasukan anggota PPM yang sedang menjalankan pemantauan telah mengesan sebuah lori tiga tan di kawasan Chabang Empat menghala ke Kampung Ana, Tumpat.

Beliau berkata anggota PPM bertindak mengejar lori berkenaan, namun pemandunya enggan memberhentikan kenderaan itu.

"Keadaan menjadi lebih tegang apabila dua kenderaan dipercayai tonto cuba menghalang pasukan PPM, termasuk hampir melanggar anggota yang menunggang motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulafendy berkata pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori dan kenderaan tonto, namun suspek tetap memecut kenderaan sebelum lori terbabit terbabas dan melanggar tiang parkir di kawasan Pasir Mas.

"Pemandu dilihat melompat keluar dari lori itu dan melarikan diri ke kawasan berhampiran. Pemeriksaan terhadap lori menemukan 114 kotak rokok putih jenama Zon King, dianggarkan berjumlah 1,140,000 batang rokok, dipercayai diseludup dari negara jiran.

"Keseluruhan nilai rampasan termasuk lori dan cukai dianggarkan bernilai RM2.3 juta," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1420888/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-114-juta-batang-rokok-putih-di-pasir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list