CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 757|Reply: 0

[Terengganu] Anak mangsa helikopter terhempas tangguh pendaftaran di UniSZA

[Copy link]
Post time 15-7-2025 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Anak mangsa helikopter terhempas tangguh pendaftaran di UniSZA

Nazdy Harun[email protected]





HELIKOPTER PDRM ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear, Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura 2025 (MITSATOM 2025) sebelum terbabit nahas. FOTO Bernama.




Kuala Nerus: Anak seorang daripada mangsa nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor, terpaksa menangguhkan pendaftaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.

Nur Afiqah Suffiyah Faizul, 18, anak kepada Asisten Komisioner Faizul Muhammad sepatutnya mendaftar sebagai pelajar Diploma Radiografi, namun terpaksa ditangguh sehingga Ahad ini.

Ibunya, Superintendan Siti Hamidah Omar, 45, berkata, ini kerana dia kini berada di Johor bagi menjaga suaminya yang sedang menerima rawatan akibat insiden itu.

Menurutnya, dia tidak mempunyai saudara di Terengganu untuk membantu bagi mengurus proses pendaftaran anak sulungnya daripada empat beradik itu.


"Insya-Allah saya akan hantar Nur Afiqah pada Ahad ini dan kami sudah mohon penangguhan kerana saya perlu uruskan suami dahulu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Nur Afiqah meluahkan rasa terkejut dan sedih namun bersyukur kerana ayahnya terselamat dalam insiden berkenaan.

"Ayahnya begitu bersemangat dan bangga apabila mengetahui saya diterima masuk ke universiti.

"Ayah dan ibu merancang hendak menghantar saya ke Terengganu bila tahu saya dapat sambung pengajian," katanya.

Menurutnya, semua persiapan untuk ke UnisZA sudah dibuat namun apa yang berlaku adalah takdir," katanya yang berasal dari Bukit Jalil, Selangor.

Nur Afiqah, merupakan salah seorang daripada 1,035 pelajar baharu yang dijadualkan mendaftar bagi program diploma di UniSZA pada hari ini.



Disiarkan pada: Julai 15, 2025 @ 3:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1241003/anak-mangsa-helikopter-terhempas-tangguh-pendaftaran-di-unisza




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36825 Replies : 73
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1717 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 1818 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 2424 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 2626 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list