View: 4578|Reply: 8
|
Pelaburan n Perniagaan Emas FIZIKAL
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Login_ID at 2-6-2011 15:53
Salam,Momods, tlg jgn tong sampahkan thread ni.
tujuan thread ni bukan utk iklan tapi untuk wujudkan kesedaran orang sabah untuk melabur dan berniaga emas.
saya khususkan kepada orang sabah sebab, ramai orang kita yang tidak tahu dan sedar kebaikan melabur emas
dan boleh dikatakan, kita ketinggalan dengan orang semenanjung n sarawak dalam pelaburan emas
boleh katakan, sepanjang saya menceburi bidang ni, jika saya bercakap dengan 10 orang, hanya 1 daripada 10 org tu yang tahu tentang pelaburan emas.
yang masyarakat kita tau, forex, skim cepat kaya, mlm.. sedangkan kalau saya bandingkan antara emas dan yg sy sebutkan tadi,
perniagaan dan pelaburan emas lagi selamat, dan untung serta tidak menyalahi undang-undang. dan bagi yang beragama islam, pelaburan ini HALAL.
Dan masyarakat kita juga telah terbiasa dengan pelaburan ASB. memang bagus.. tapi jika dilihat kadar keuntungan, ASB cuma memberikan keuntungan 7-9% setahun kepada pelaburnya. Sedangkan emas.. % keuntungan tahunan (purata) adalah 27%.
dari masa ke semasa saya akan update info.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
kejatuhan nilai matawang adalah salah satu sebab kenapa kita perlu menukar trend pelaburan matawang kepada EMAS.
macam dlm petikan berita ni :
NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain. Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global. Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an. Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing. ”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu. Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS. Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu. ”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya. Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS. Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun. Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global. Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
beli emas rantai atau beli jonkong emas, 999.99%
1 gram berapa rega? |
|
|
|
|
|
|
|
setakat rakyat2 marhaen ni..camna maw invest dlm emas..duit gaji sekadar cjup utk menampung keperluan harian..dgn rege brg yg mencanak2 naik skang ni..dlm mimpi jelah nak beli2 emas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# ultrakasino
Ikut harga emas dunia tu tuan..biasanya kalau syarikat pelaburan emas diorang akan caj 8-12%
Harga Emas + 8% spread
makanya, kalau hari ni harga emas 154/gm, harga jualan adalah RM166/gm
jadi kalau bli jongkong atau rantai 10gm, darab sajalah, jadi RM1660
tapi kalau di kedai emas biasa, diorang akan caj harga emas+25% (spread) + 2%/gm (upah). jadi klu kedai mahal sikitlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# tagas
bagi saya.. siapapun kita, yang paling penting adalah kemahuankalau benar-benar mahu ubah cara hidup, Insyaallah boleh
kalau saya sendiri pun, gaji kerani saja, tinggal di kk, menyewa lagi
memanglah payah mau mula
tapi bila ada kemahuan (matlamat), segala yang mustahil jadi kenyataan
yang penting disiplin dalam menyimpan duit
melabur emas bukannya perlu modal belas ribu ringgit
paling rendah yang saya tahu, berharga rm737 (dinar 999 4.25gm) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya fikir beli emas time ni berbaloi, kerana apa? beli dan simpan di tempat selamat jika ada apa2 yg perlu ka, kecemasan ka? dan masalah2 di masa akan dtg psl kewangan just gadai je.... makin lama di simpan makin tinggi pulangannya..... kira ada untung. klo kereta ka, handpon ka? lain cerita nilai nya akan susut.... emas ni mcm rumah n tanah juga... makin lama makin naik but kena tingok pasarang dunia la (harga dunia).... tengah buat kajian sikit pasal emas ni.... negara-negara paling besar simpanan emas nya Israel, dan USA..... Filipina pun besar juga.... klo ada apa-apa boleh lah mereka hidup ni kan???.... just jual je sebab emas tak leh busuk, rosak etc etc... emmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alah... gi jer Public Bank... mmg ada offer skim ni di cna. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa analisis teknikal adalah senjata pelabur emas dan perak fizikal??
1. Analisis teknikal dapat memberi gambaran jelas berdasarkan solid evidence berpandukan teknik-teknik tertentu dalam memilih masa dan harga yang sesuai untuk BUY atau SELL.
2. Penting untuk pembeli , penyimpan dan pelabur emas /perak…..dan sangat-sangat penting bagi peniaga atau dealer emas/perak..of cozz laa main kilo-kilo walau perbezaan harga 1g just rm1 pun dah banyak effectnya kan?
3. Tindakan tidak dibuat secara terburu-buru mengikut perasaan dan terpengaruh dengan spekulasi semata-mata.
4. Dengan keupayaan mengenalpasti kawasan harga murah ini dapat meminimakan risiko dalam permainan manipulasi emas dengan ar-Rahnu
VISIT http://www.goldsilvertech.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|