Superintendan Ibrahim Husin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baru
Amirul Aiman Hamsuddin[email protected]

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan (tengah) menyaksikan serah terima tugas Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus (kiri) kepada Superintendan Ibrahim Husin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. FOTO FAIZ ANUAR
Hulu Selangor: Superintendan Ibrahim Husin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu, hari ini.
Beliau sebelum ini adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Kelantan, dan secara rasmi memulakan tugas selepas majlis serah terima tugas di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.
Majlis turut disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan.
Terdahulu, jawatan itu dipangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus.
Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya berterima kasih di atas amanah yang diberikan kepadanya untuk menerajui IPD Hulu Selangor.
"Sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu, keutamaan saya adalah memastikan setiap pegawai, anggota dan pegawai awam di bawah pentadbiran ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
"Harapan saya adalah dapat mengurangkan kadar jenayah dan mengatasi masalah dadah. Kedua-dua isu ini dekat dengan masyarakat dan kejayaan kita bergantung kepada strategi yang tepat serta tindakan yang konsisten," katanya.
Disiarkan pada: Julai 2, 2025 @ 1:48pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1236296/superintendan-ibrahim-husin-dilantik-sebagai-ketua-polis-daerah-hulu
|