CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8008|Reply: 0

Fadil pangku Pengarah JSJ kuat kuasa esok

[Copy link]
Post time 30-6-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Fadil pangku Pengarah JSJ kuat kuasa esok

Raja Noraina Raja Rahim[email protected]





Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah), menyaksikan pertukaran dokumen dan tongkat kuasa antara Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) dengan Datuk Fadil Marsus. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI




Kuala Lumpur: Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), berkuat kuasa esok.

Serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.


Pada majlis berkenaan, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JSJ, Datin Seri Ennie Salina Roseli kepada Datin Nurashidah Ishak.


Penyerahan itu disaksikan Pengerusi Perkep yang juga isteri Khalid, Datin Seri Munirah Che Rose.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023, dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS hingga 30 Jun 2027.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.



Disiarkan pada: Jun 30, 2025 @ 11:43am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235491/fadil-pangku-pengarah-jsj-kuat-kuasa-esok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.563789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list