|
Filem Dendam Malam Kelam ialah adaptasi dari filem spanyol bertajukEl Cuerpo, sebuah thriller psikologi dari Sepanyol arahan Oriol Paulo, sedangkan versi adaptasi filem ini diarahkan Danial Rifki... Citer filem ini dimulakan dengan misteri yang menggugat jiwa: mayat seorang wanita elit dan berpengaruh, Sofia (Marissa Anita) , hilang secara misteri dari rumah mayat pada tengah malam selepas dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung... Lebih membingungkan, penjaga rumah mayat melarikan diri dalam keadaan panik dan akhirnya mengalami kemalangan hingga koma... Penyiasatan diserahkan kepada Detektif Arya Pradana (Bront Palarae), seorang penyiasat berpengalaman yang kelihatan menyimpan rahsia emosinya sendiri...
Arya menumpukan penyiasatan kepada suami Sofia, seorang lelaki muda bernama Jefri (Arya Saloka), yang ternyata mempunyai banyak kelakuan mencurigakan... Jefri sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita muda bernama Sarah (Dafina Karamoy), dan mereka berdua telah merancang untuk membunuh Sofia secara senyap menggunakan racun yang sukar dikesan... Namun, ketika penyiasatan berlangsung, kejadian-kejadian aneh mula berlaku bunyi tapak kaki tanpa jasad, kamera keselamatan terganggu, dan Jefri mula dihantui oleh perasaan seolah olah Sofia masih hidup dan membalas dendam... Penonton dibawa ke dalam sebuah permainan ilusi dan ketegangan psikologi yang semakin menggila...
Filem Dendam Malam Kelam bukan sekadar sebuah thriller biasa... Ia adalah sebuah karya yang mempermainkan batas realiti dan persepsi, menjadikan psikologi bukan hanya latar, tetapi inti utama penceritaan... Setiap adegan, dialog, dan atmosferanya disulam dengan elemen psikologi yang tajam, gelap, dan menekan... Filem ini membuat penonton bukan hanya menonton, tetapi merasakan, meragui, dan terperangkap dalam teka-teki minda yang halus tapi menghantui...
|