View: 9618|Reply: 7
|
Macam Mana Nak Terima Payment Dari Overseas?
[Copy link]
|
|
Salam, sorry kalau topik ni tak sesuai letak kat sini. Aku tak pasti nak bukak topik ni kat mana.
Camni, aku nak mintak pendapat. Aku ada buat part time job dan company tu based kat Thailand. Skrang ni dorang nak transfer payment dan dorang request 'account's swift' dgn 'bank code' kat bank. Dorang bagi dua method payment, satu by paypal - ambik masa 1 - 2 hari transfer, atau guna bank transfer yang kena bagi swift ngan bank code tu. Tapi masalahnya payment makan masa 2 - 3 minggu. Dan aku pulak takde account paypal.
Jadi apa yang aku perlu buat sekarang ni? Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Zep
bro .... pe keje part time yg ko wat tu...PM wa bro...nak tau gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# sunfizz
jadi online translator utk satu company ni. tak byk pun dorang byr. |
|
|
|
|
|
|
|
ko try la call customer servis bank yg ko ada.. minta advice diorg... mesti ada cara punya.. n jwpn pasti lebih tepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bro Zep
Ada banyak cadangan saya
1) Untuk bank transfer. Ia tidak memakan masa 2 - 3 minggu. Selalunya 1 - 2 hari sahaja. Saya selalu buat bank transfer. Selalunya transfer hari ini, esok atau lusa dapat.
Untuk bank transfer, mereka selalunya minta IBAN Number dan Bank swift code.
IBan number itu selalunya nombor akaun anda. Bank swift code itu bergantung kepada bank apa yang anda pakai. Saya listkan bank swift code di sini.
Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Hong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
2) Paypal. Paypal tidak memakan masa 1 - 2 hari. Konsep dia instant payment. Anda transfer sekarang. Sekarang juga dapat. Tetapi memandangkan anda tidak ada akaun Paypal, ia akan mengambil masa 2 - 3 hari juga untuk akaun Paypal anda diverify. Akaun Paypal anda perlu dilinkkan ke bank akaun. Jadi nak linkkan ke bank akaun, ambil masa 2- 3 hari. Tetapi Paypal bagus kerana konsep dia instant payment
3) Transfer wang melalui Money gram. Money gram ini boleh dibuat di cawangan Maybank.
Maksudnya anda boleh terima wang money gram di Maybank. Kalau kawan anda di Thailand, dia boleh transfer wang di TMB Bank atau Siam Commercial Bank. Yang ni best juga. Kawan anda transfer dari Thailand sekarang, dalam masa 5 minit anda akan dapat wang itu. Cuma fees dia agak mahal sikit. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.moneygram.com
4) Ada lagi satu yang sama konsep dengan Moneygram iaitu Western Union. Western union ini wang boleh diambil di cawangan CIMB atau Pos Malaysia. Untuk maklumat lanjut layari www.westernunion.com
sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# TGV
Thanks untuk reply yang bernas. aku dah daftar paypal, sekarang ni tengah untuk account untuk diverify.Tapi aku masih tak paham lah konsep paypal ni. katakan orang tu bayar by isnin, kita boleh terus dapat payment ke? ataupun kena tunggu jugak sehari dua? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply TGV
Thanks untuk reply yang bernas. aku dah daftar paypal, sekarang ni tengah untuk accou ...
Zep Post at 27-5-2011 18:15
Salam. Ya. Pembayaran paypal account ini konsepnya "instant payment"
Anda transfer sekarang, dapat sekarang juga
Tapi paypal ada charge fee dia. Kalau nak kira paypal charge fee, boleh gunakan calculator ini (tetapi calculator ini didalam us dollars).
So boleh buat anggaran la
http://thefeecalculator.com/
Tetapi untuk pengetahuan saudara Zep, meskipun anda menerima duit itu secara instant, tetapi tidak bermakna anda boleh access duit itu serta merta. Selepas kawan anda transferkan duit ke akaun paypal anda, anda perlu withdraw duit dari Paypal account ke bank anda. Dan selalunya mengambil masa 2 hari
Okay contohnya
Hari 1 : Kawan anda transfer jam 10.00 pagi
Hari 1 : Anda terima wang itu jam 10.00 pagi juga
Hari 1 : Anda withdraw duit itu ke bank account anda jam 10.30 pagi
Paypal akan hold money anda untuk satu hari. Status withdraw anda akan tertulis "Pending"
Hari 2 : Selepas jam 10.30 pagi (24 jam selepas anda withdraw duit)
Status Pending akan bertukar kepada "Sent"
Hari 3 : Anda menerima wang.
Paypal memang akan hold money anda untuk 24 jam selepas anda withdraw. Itu konsep mereka |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya telegraphic transfer ni xde la makan 2-3minggu..1-2 hari ada lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|