CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8426|Reply: 0

Dadah antara punca 59 warga PDRM dibuang kerja sejak Januari lalu

[Copy link]
Post time 16-6-2025 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Dadah antara punca 59 warga PDRM dibuang kerja sejak Januari lalu

Oleh Khirrul Nirwan Bahaudin - Jun 16, 2025 @ 1:44pm





Pengarah JIPS, Dato’ Sri Azri Ahmad menandatangani plak perasmian sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, hari ini. - Foto NSTP/KHIRRUL NIRWAN BAHAUDIN



MARAN: Seramai 59 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, dengan kes dadah menjadi penyumbang utama tindakan terbabit.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad, berkata 492 warga PDRM dikenakan pelbagai tindakan tatatertib antara Januari hingga Mei lalu.

"Daripada jumlah itu, 59 dibuang kerja dan 146 digantung kerja serta yang lain dikenakan tindakan termasuk tahan kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Maran, Wong Kim Wai.

Dalam tempoh sama, Azri berkata, JIPS menerima 2,637 aduan dan maklumat berkaitan salah laku warga PDRM, merangkumi 1,89Be2 aduan rasmi dan 745 maklumat orang awam.

"Sebanyak 776 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 584 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) dibuka membabitkan kes pelanggaran tata lalu," katanya.

Beliau berkata, kategori kesalahan tertinggi ialah isu integriti iaitu 333 kes, diikuti tadbir urus (45), dadah (42), jenayah (38), syariah (19) dan rasuah (15).

Bagi memperkasakan saluran maklumat, beliau berkata PDRM melancarkan aplikasi Aduan JIPS PDRM sebagai platform aduan lebih telus dan mudah.

"Setakat ini, aplikasi itu menerima 23 aduan dan kita harap lebih ramai tampil menyalurkan maklumat," katanya.

Pada majlis sama, Azri turut diraikan sempena persaraan rasmi pada 26 Jun ini, selepas 37 tahun menabur bakti dalam pasukan.

Kompleks IPD Maran mula dibina pada 1997 dan beroperasi sepenuhnya sejak Disember 2012. Ia mempunai enam balai dan 335 pegawai serta anggota, bagi menjaga keselamatan lebih 115,000 penduduk meliputi Parlimen Maran, Jerantut dan Kuala Krau.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/06/1408700/dadah-antara-punca-59-warga-pdrm-dibuang-kerja-sejak-januari-lalu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.045658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list