CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8877|Reply: 0

Tiga KD milik TLDM dilucut tauliah dalam istiadat ketenteraan

[Copy link]
Post time 5-6-2025 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-6-2025 10:00 PM

Tiga KD milik TLDM dilucut tauliah dalam istiadat ketenteraan

05 Jun 2025 02:28pm




Suasana hiba menyelubungi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena istiadat pelucutan tauliah tiga Kapal Diraja (KD) di Tambatan Pangkalan TLDM di sini hari ini. Foto Bernama



LUMUT - Suasana hiba menyelubungi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena istiadat pelucutan tauliah tiga Kapal Diraja (KD) di Tambatan Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Istiadat penuh tradisi ketenteraan itu membabitkan KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Laksamana Tan Pusmah dan KD Pendekar dan disempurnakan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain.


Kemuncak istiadat itu disempurnakan dengan acara ketukan loceng dan penurunan gada-gada yang menjadi simbolik penamatan tauliah dan status aktif ketiga-tiga kapal yang banyak berjasa dalam memelihara kedaulatan perairan maritim negara.

Majlis berkenaan turut dihadiri lebih 400 pegawai dan anggota TLDM serta 37 bekas pegawai memerintah ketiga-tiga kapal berkenaan.


KD Laksamana Tun Abdul Jamil ialah kapal perang kelas korvet daripada Skuadron Kapal Korvet Ke-24 (SKK-24) yang dibina di Itali sekitar 1982 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 28 Julai 1997, mencatatkan pelayaran keseluruhan sebanyak 486,487.1 batu nautika.

KD Laksamana Tan Pusmah pula kapal perang kelas sama (SKK-24) yang ditauliahkan pada 31 Julai 1999 dan mencatatkan jumlah pelayaran sejauh 315,907.6 batu nautika.

Sementara itu, KD Pendekar yang dikenali sebagai kapal kelas Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama (FAC 1) dilancarkan pada 11 November 1978 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM sekitar 21 Ogos 1979, dengan jumlah pelayaran mencecah 820,077.64 batu nautika.

Zulhelmy dalam ucapannya berkata, ketiga-tiga kapal itu berperanan sebagai tulang belakang kepada operasi maritim negara selama beberapa dekad, termasuk Op Kekal Warisan, Op Pejarak, Rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan sebagainya.


Beliau berkata, rancangan perolehan aset baharu seperti Littoral Combat Ship (LCS) dan Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) bakal menjadi pengganti ketiga-tiga aset yang telah dilucutkan tauliah itu.


"Penamatan perkhidmatan aset-aset lama perlu diiringi pelan penggantian yang teliti berlandaskan analisis jurang keupayaan, keberkesanan logistik dan pelaburan strategik berimpak tinggi.

"Pendekatan inilah akan memastikan TLDM terus kekal relevan, berkemampuan dan dihormati dirantau ini,” katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/732356/berita/semasa/tiga-kd-milik-tldm-dilucut-tauliah-dalam-istiadat-ketenteraan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 1.569132 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list