CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5440|Reply: 2

Ingin menjadi Halal Executive?

[Copy link]
Post time 22-5-2011 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Berita baik untuk graduan Syariah, Undang-undang, Pengajian Islam atau Sains dari mana-mana IPT yang diiktiraf.

Industri produk Halal bernilai berbilion-bilion ringgit. Dalam usaha Malaysia menjadi sebuah Hab Halal, industri tempatan amat menekankan aspek halal. Bila Akta Halal dibentangkan, setiap syarikat dalam industri pemakanan perlu mempunyai seorang Halal Executive; iaitu seorang yang mahir dalam bidang halal. Kini pun, industri ini telah mula mewujudkan perjawatan Halal Executive sama ada kilang/syarikat milik orang Islam dan bukan Islam.

Halal Executive adalah satu jawatan yang sangat dicari-cari oleh industri ini. Ingin menjadi seorang Halal Executive secara percuma? Anda turut diberi elaun.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebuah IPTA menawarkan program ini secara percuma dengan kerjasama Halal Development Corporation (HDC) bermula 1 Jun 2011.

CEPAT! Untuk keterangan lanjut klik di bawah. Tempat terhad kepada 30 orang graduan sahaja.

http://www.usim.edu.my/usimweb/index.php?option=com_content&view=article&id=544:halal-executive-programme-hep-2011&catid=68:hebahan&Itemid=216

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 06:08 PM | Show all posts
Saya terjumpa ini dari forum Cari : Isu Semasa

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=544094&extra=page%3D1

ianya memberi gambaran tentang tugas seorang Executive Halal di restoren Secret Resepi. Memang syarikat makanan termauk milik bukan Islam amat memerlukan Executive Halal untuk menangani isu-isu seperti ini. Ambil lah peluang latihan PERCUMA ini untuk melayakkan diri anda menjadi seorang Executive Halal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu DNA Babi Dlm Produk Secret Recipe: Secret Recipe Beri Ulasan
Post Last Edit by Muntz at 23-5-2011 16:13

UPDATED: To clear all doubts, here's a reply from Secret Recipe regarding this matter... Maaf kalau ada menimbulkan kekeliruan.

Dear Miss,

Thank you for your feedback
below.

We have been receiving increasing queries on this issue.Our Halal Officer
CikWan Zawani has also issued a response and a statement in regards tothis issue as below and we will be addressing certain actions against the blogsite. We thank you very much for highlighting this matter.

Statement from our HALAL Officer in respond to the matter is as below.We thank you for your concern and support in regards to this.Thank you!

Regards,

Secret Recipe Customer Service

***************************************************************************************

Saya,Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau berita yang telah dihantar  oleh pihak tuan. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halalserta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktirafiaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini,anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya.


Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada syarikat SecretRecipe.


http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=544094&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 11:48 AM | Show all posts
rasenyer setiap industri yg terlibat dlm pemprosesan makan perlu ader unit halal laa...

sebab ia penting .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067178 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list