CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9943|Reply: 2

Asap berkepul, kereta hancur! Wanita menggigil saksi kemalangan dahsyat... Ngeri dapat tahu 'accident' tak wujud

[Copy link]
Post time 29-5-2025 02:18 PM | Show all posts |Read mode


LAPAN tahun bergelar pelukis inai, Ziera sudah banyak ceruk dan pelosok terutamanya di Perak yang sudah dijelajahinya.


Dalam tempoh tersebut, selain berdepan pelbagai kerenah pelanggan, Ziera juga diuji dengan pengalaman mistik lebih-lebih lagi apabila menerima tempahan pelanggan yang menetap di pedalaman yang lazimnya berakhir lewat malam.


Salah satu insiden paling diingati dan masih menghantui dirinya adalah menyaksikan kemalangan dahsyat ketika dalam perjalanan pulang selepas menyiapkan inai pengantin perempuan di sebuah perkampungan di Gopeng.


"Lebih kurang pukul 11 lebih malam, selesailah tugasan aku. Rumah-rumah dekat Perak ni biasalah, banyak kampung pedalaman termasuk rumah pengantin.


"Family pengantin offer nak temankan sampai simpang hujung kampung, aku tolak sebab tak nak susahkan.


"Tiba-tiba jalan yang tadi sunyi, kedengaran ada enjin yang kuat di belakang. Macam ada kereta tengah tengah race," tulisnya dalam satu perkongsian di TikTok.


Dalam keadaan sedikit kelam kabut, Ziera memperlahankan keretanya dan mahu ke tepi bagi memberi laluan kepada kenderaan yang dianggap sedang memandu laju di belakang.




"Tengok cermin sisi, nampak lampu-lampu kereta makin dekat. Sah diaorang berlumba. Kelihatan macam dua, tiga biji kereta.


"Dalam mata aku melilau tengok cermin, zupppp kereta tu berlanggar sesama sendiri. Aku nampak sendiri kereta tu terbalik.


"Bunyi berlanggar memang kuat. Bergema dekat jalan kosong dan hutan kelapa sawit kiri dan kanan aku. 'Allahuakbar, allahuakbar' jerit aku," tulisnya.


Ziera sudah mula menggigil dan menangis kerana panik menyaksikan kemalangan dahsyat berlaku di depan mata.


Ketika itu tiada kenderaan lain yang lalu di situ melainkan keretanya dan kenderaan yang terbabit kemalangan sebentar tadi.


"Asap penuh, kereta diaorang hancur, serpihan kereta merata-rata. Memang fatal!


"Tangan capai phone tapi tak tahu nak dail apa. Menggigil teruk. Aku lemah semangat, aku batalkan niat nak keluar. Aku call suami… ayat berterabur, air mata penuh.  


"Tiba-tiba ada orang ketuk cermin. Rupanya pakcik yang naik motor ketuk. Aku yang dalam ketakutan terus tanya pakcik tu 'dah call ambulance dan polis ke belum?'.


"Dia jawab 'adik sakit ke? Kenapa parking tepi jalan gelap-gelap ni?'. Allah.... perlahan-lahan aku pandang belakang, kosong! Tiada kemalangan, tiada serpihan kereta, tiada asap," ceritanya.




Menurut Ziera, pakcik berkenaan hanya mampu mengucap ketika mendengar dia bercerita mengenai 'kemalangan' yang disaksikannya sebentar tadi sambil menangis.


Selepas dirinya sedikit tenang, Ziera memandu perlahan-lahan sambil diiringi pakcik tersebut sehingga memasuki lebuh raya.


"Alhamdulillah, dekat pukul 1 pagi sampai rumah. Suami dah menunggu depan pintu. Terus aku rebah di tangannya. Dia tanya 'kenapa tak angkat call? Saya hampir nak ke balai dah tadi'.


"Aku cakap tak sempat call semula lepas kemalangan tadi. Dia terkejut 'Hah accident?'. Aku pandang matanya… terus check phone log aku. Last aku call dia pukul 7.45 malam.


"Dengan siapa aku bercakap tadi pun tak tahu. Tiada record log phone dalam pukul 11 lebih tu. Sekali lagi aku rasa nak pengsan.


"Sejak kejadian tu, aku dah tak berani drive malam-malam. Trauma teruk! Aku stop ambil job inai jauh-jauh atau pedalaman kampung," ceritanya.  - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya, pakcik naik motor tu.. Wujud ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Uii sereemmmm. Nasib dia bagi laluan. Kalau tak...mungkinkah terlibat sama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 12:14 PM GMT+8 , Processed in 2.463541 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list