CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 1

Lepas dilarang buat ‘live’, TikToker tuduh pemilik restoran cuba tutup periuk nasi - “Salah ke, saya nak tenang-tenang saja”

[Copy link]
Post time 26-5-2025 05:44 PM | Show all posts |Read mode


RAMAI pemilik restoran menggunakan media sosial untuk memperkenalkan perniagaan mereka kepada orang ramai.


Di sebalik kuasa tular yang mampu membawa keuntungan luar biasa, tidak semua pengusaha restoran gemarkan publisiti sedemikian atas sebab-sebab tertentu.


Di Thread, seorang pemilik restoran turut berkongsi rasa kurang senang apabila ada pelanggan yang datang membuat siaran langsung dalam premisnya.


Jelasnya, individu yang membuat siaran langsung itu mengganggu pelanggan lain dengan suara serta gelak tawa yang kuat.


"Kita larang seseorang supaya tidak buat live TikTok dalam restoran saya, dah dituduh kita tutup periuk nasi dia pula.


"Dia tak fikir ke saya nak kena jaga periuk nasi saya juga? Restoran saya kecil, ada dalam 20 meja saja.




"Saya tak kisah kalau perlahan. Too loud dan gelak ketawa yang saya tak boleh terima. Regular customer saya tak selesa," tulis wanita itu.


Dalam hantaran sama, pengusaha restoran itu berkata dia juga bimbang suasana tenang di premisnya akan lesap sekiranya perniagaannya tular di media sosial.


"Saya masih old school. Nak tenang-tenang saja, tak nak bising-bising. Tak perlu tularkan restoran saya sebab saya lebih suka pelanggan datang tenang-tenang juga.


"Salah saya ke? Saya ni makcik yang dah lebih 60 tahun. Restoran pun small and chic saja. Selesa dan tenang," kongsinya lagi.


Menurut wanita itu, restorannya menjual makanan-makanan kampung dan beroperasi di Kajang, Selangor.


Di ruangan komen, beberapa netizen turut bersetuju dengan tindakan wanita itu yang berusaha untuk mengekalkan suasana tenang di restorannya.


"Tak salah sebab awak adalah pemilik. Mungkin boleh letak notis di pintu masuk menyatakan tak dibenarkan buat live TikTok.


"Aunty tak salah. Kadang terserempak orang buat live kat kedai makan, kita rasa tak berapa selesa.


"Saya gatekeep dan tak nak tularkan kedai. Tangkap gambar pun tak beritahu lokasi. Tak sanggup beratur panjang (kalau tular).


"Saya pun suka makan dengan tenang. Tak minat yang buat live masa orang makan," tulis netizen. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 09:45 AM | Show all posts
Alamak, kedai apa ni? Boleh p kalau ada kedai sedap kat kajang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.118578 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list