|
View: 778|Reply: 1
|
Ina Naim Dengar Lagu Inteam Sambil Memandu Bikin Netizen Sebak – ‘Nampak Mata Dia Berkaca, Mesti Rindu Arwah Suami’
[Copy link]
|
|
|
Perkongsian terbaharu penyanyi Ina Naim di akaun TikTok miliknya telah mengundang rasa sayu dalam kalangan warganet.
Fenomena muzik nasyid kini kembali apabila kumpulan Inteam mengumumkan bakal mengadakan konsert pada September ini.
Tidak ketinggalan, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim dilihat turut mendengar salah satu lagu popular kumpulan tersebut yang berjudul Impian Kasih ketika sedang memandu.
Berangan itu tidak salah kalau kita nak jadi isteri solehah.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa pilu melihat Ina berikutan arwah suaminya, Suhaimi Saad merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam.
Dalam masa yang sama, mereka turut menyifatkan Ina sebagai isteri yang solehah dan pastinya dia sangat merindui arwah Suhaimi.
Isteri yang taat sehingga akhir nafas suaminya.
Nampak mata Ina berkaca, mesti tahan sebak rindukan arwah suami.
Perasaan itu hadir apabila Ina dengar suami sendiri menyanyi, mesti rasa bangga dan bahagia. Bertuah menjadi Ina Naim.
Lagu ini ceria, tapi saya menangis tengok video Ina.
Ina menjadi permaisuri hati arwah Suhaimi, sebagai isteri yang berbudi kebanggan para suami.
Untuk rekod, Ina, sebelum ini bernikah dengan Suhaimi pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Pada 8 November lalu, Ina kemudian mendirkan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya Mod Khairul Rizal dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Sumber: TikTok Ina Naim
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|