CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 2

Aliff Syukri Bikin Netizen Terhibur Pakaikan Kambing Peliharaan ‘Pampers’ – ‘Tolong Jadikan Duta’

[Copy link]
Post time 26-5-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode




Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian apabila memakaikan lampin kepada kambing peliharaannya yang diberi nama Asyraf.

Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dimuat naik @modelistaempire, Aliff yang sedang duduk di laman rumahnya dilihat sedang memakaikan lampin kepada Asyraf sambil dibantu isteri dan pembantu rumahnya.



Difahamkan, Aliff memakaikan ‘Asyraf’ lampin kerana tidak mahu binatang peliharaannya itu membuang najis merata-rata di kawasan rumah.

Okay masukkan ekor dia dalam lampin itu.

Kalau dia terkencing nanti, susah.

Apa yang menghiburkan ialah, bapa kepada enam orang anak ini sempat berseloroh berharap agar kambingnya itu dapat menjadi duta kerana menggunakan lampin berjenama.

Hah tengok, kambing saya pakai lampin.

Barulah boleh pegang dia. Okay nama dia saya letak Asyraf.

Lampin mahal ya, jenama MamyPoko.

Jadikan dia duta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Aliff yang memakaikan kambing tersebut lampin.

Malah, ramai individu yang bernama Asyraf berseloroh mahu menukar nama mereka kerana malu disamakan dengan kambing.

Komen netizen



Sumber: TikTok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 08:33 AM | Show all posts
Hahahaha apa motif pakaikan pampers pada kambing tu sabar jelah dia ni kikikikik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.102091 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list