CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 0

Muka sembam ke lantai, hidung berdarah! Wanita geram anak dibuli masa bermain… Ibu pelaku pula sombong, langsung tak pandang

[Copy link]
Post time 23-5-2025 08:30 PM | Show all posts |Read mode


LUMRAH setiap ibu bapa pastinya akan menyayangi anak dengan sepenuh jiwa.


Namun, sayang itu biarlah berpada-pada dan jangan sehingga percaya sepenuhnya dengan apa yang disampaikan mereka.


Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap sikap ibu kepada kanak-kanak yang menyebelahi anaknya tanpa menyiasat perkara sebenar.


"Jadi mak ayah jangan jadi bodoh apabila dengan anak. Jangan dengar bulat-bulat apa anak cakap.


"Dalam satu kejadian tu, anak saya main dengan anak siapa entah. Dia ambil bantal dari dalam rumah, tiba-tiba budak tadi rampas.


"Dia bukan ambil perlahan-lahan tapi kasar dengan rentap daripada tangan anak saya," kongsinya di media sosial.




Katanya, lebih menyakitkan hatinya sebagai seorang ibu adalah anaknya tersembam ke lantai sehingga hidung berdarah dan dahi bengkak.


"Syukur gigi tak patah. Ramai saksi dalam rumah tu. Mak budak tadi dengan acah speaking tanya anak dia... what happened?.


"Budak tu jawab... I don't do anything mom. Mak budak tu percaya cakap anak dia.


"Lepas tu suruh anak dia duduk jangan main dengan anak saya lagi," katanya.


Apa yang dikesalkan pengadu ialah ibu kanak-kanak terbabit langsung tak memandangnya dan tiada ucapan maaf.


"Saya dengan suami cepat-cepat cari ais dan bawa anak duduk luar dan tenangkan dia. Semua orang tengok apa jadi. Anak menangis tak henti," katanya.


Katanya lagi, beberapa minggu kemudian mereka sekeluarga ke majlis perkahwinan anak saudara suaminya.


"Ada makcik jumpa suami dan mohon maaf bagi pihak perempuan tu dan anaknya.


"Saya tetap tak puas hati walaupun ada wakil minta maaf sebab bukan perempuan tu dan anaknya sendiri yang minta maaf," katanya.




Netizen yang membaca nukilan itu berpandangan wanita yang diceritakan itu telah menunjukkan contoh tidak baik kepada anaknya.


"Dia patut ajak anak dia sekali untuk tolong dapatkan ais, buat rawatan dan didik anak rasa empati dan tolong.


"Budak-budak sekarang tak macam dulu. Ayat budak-budak tak pandai menipu tu dah tak boleh pakai. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.237729 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list