CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 1

[Pengajar, Pelajar & Alumni] Syarat masuk universiti tidak hanya terletak pada deretan A

[Copy link]
Post time 21-5-2025 10:29 AM | Show all posts |Read mode




SETIAP tahun, sekitar bulan Jun hingga Julai, ribuan pelajar akan melalui proses temu duga bagi kemasukan ke program pengajian tinggi yang kompetitif seperti perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang dan kejuruteraan.


Harapan tinggi diletakkan pada keputusan akademik, deretan A yang menjadi simbol kecemerlangan. Ia juga menjadi seakan-akan trofi yang dijulang oleh segelintir ibu bapa, walaupun dalam masa yang sama kita tidak pula menafikan hak mereka untuk meraikan kecemerlangan.


Namun, realitinya tidak semudah itu, kerana institusi pengajian tinggi hari ini tidak lagi bergantung semata-mata kepada keputusan akademik. Malah, banyak program pengajian kini menilai calon secara holistik, termasuk melalui penilaian terhadap kemahiran insaniah (soft skills) yang mencerminkan kebolehan pelajar untuk berfungsi dalam persekitaran pembelajaran dan kerjaya sebenar.


Dalam jurusan seperti perubatan misalnya, keputusan cemerlang tidak mencukupi jika pelajar tidak memiliki keupayaan insaniah tertentu. Maka, dalam sesi temu duga, calon biasanya dinilai berdasarkan beberapa kriteria sebelum diterima masuk.


Antara perkara yang dinilai adalah kemahiran berbahasa, ia merangkumi kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan tepat dalam bahasa yang digunakan, sama ada bahasa Melayu atau Inggeris. Kecekapan ini penting bagi penyampaian maklumat, kefahaman konteks dan juga komunikasi profesional di masa hadapan.


Begitu juga dengan kemahiran berfikir secara kritis, hal ini merujuk kepada keupayaan untuk menilai sesuatu isu secara mendalam, melihat pelbagai perspektif, dan membuat keputusan yang berasaskan logik serta nilai. Ia juga merangkumi keupayaan menganalisis, menilai, dan menafsir maklumat secara mendalam dan objektif sebelum membuat keputusan atau menyatakan pendapat. Ia bukan sekadar menerima maklumat secara langsung, tetapi membabitkan proses berfikir yang teliti dan rasional.


Kemahiran komunikasi juga diambil kira, ia termasuk keupayaan untuk menyampaikan idea dengan yakin, mendengar secara aktif, dan menyesuaikan cara komunikasi mengikut situasi. Calon yang mampu berinteraksi dengan baik menunjukkan kematangan sosial dan keyakinan diri selalunya lebih menjadi pilihan. Dalam sesi temu duga juga, panel akan melihat kemampuan pelajar untuk mengenal pasti punca masalah, menganalisis pilihan yang ada dan mencadangkan penyelesaian yang munasabah. Hal begini akan lebih dihargai kerana ia mencerminkan kebolehan mengaplikasi ilmu dalam situasi sebenar.


Satu lagi yang turut diambil kira adalah sifat empati, ia merujuk kepada keupayaan untuk memahami dan merasai emosi serta perspektif orang lain. Hal ini sangat penting, terutamanya dalam bidang-bidang seperti perubatan dan psikologi. Ia membantu membina hubungan profesional yang lebih bermakna.


Kemampuan bekerja dalam kumpulan juga menjadi perhatian, realitinya dalam dunia kerjaya masa kini, kejayaan sering dicapai melalui kerjasama berpasukan. Calon yang mampu bekerjasama, berkongsi tanggungjawab dan menghargai sumbangan orang lain akan lebih menonjol.


Justeru, enam faktor itu masyarakat seharusnya mengubah perspektif. Hal ini kerana sehingga kini masih ramai ibu bapa malah pelajar yang masih memegang kepercayaan lama bahawa prestasi akademik adalah segala-galanya.


Sebenarnya, universiti masa kini melihat pelajar sebagai insan menyeluruh yang bukan sahaja belajar untuk lulus peperiksaan, tetapi juga bersedia untuk menyumbang secara bermakna dalam masyarakat.


Pembabitan dalam kokurikulum seperti kepimpinan persatuan, kerja sukarelawan, aktiviti kesenian dan sukan juga menjadi petunjuk penting terhadap keaktifan dan potensi pelajar.


Hal ini perlulah difahami sebaiknya, kerana keperluan dunia sudah berubah. Kemasukan ke universiti bukan hanya fokus kepada siapa yang paling banyak A, tetapi siapa yang benar-benar bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar. Pendidikan tinggi bukan lagi sekadar tempat memperoleh ijazah, tetapi medan pembinaan karakter, nilai, dan daya saing global.


Budaya mengejar deretan gred A semata-mata wajar dikaji semula. Sebaliknya, digalakkan untuk beralih kepada budaya yang lebih holistik, iaitu pembinaan insan yang seimbang dari segi ilmu, akhlak dan kemahiran.


Sebaliknya, kita perlu bergerak ke arah budaya bina insan. Justeru, bagi pelajar yang bakal menghadiri temu duga, tidak sepatutnya mereka hanya menyiapkan diri dari segi fakta. Sebaliknya, mereka perlu melihat kembali isu-isu berkaitan kualiti insan, komunikasi dan keperibadian. Dunia hari ini tidak lagi menilai individu berdasarkan apa yang tertulis pada kertas, sebaliknya ia melihat kita sebagai insan.


- Penulis adalah Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2025 10:59 AM | Show all posts
geometry dash provides excitement for players of all skill levels, from casual gamers to meticulous perfectionists.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.108859 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list