Wanita didiagnosis mengalami kemurungan hampir dua kali ganda berbanding lelaki.
Kemurungan adalah gangguan mood serius yang boleh mengganggu kehidupan harian.
Banyak faktor boleh menyebabkan kemurungan kepada wanita. Faktor utama penyebabnya ialah kehamilan serta bersalin.
Ada beberapa sebab paling biasa wanita mengalami kemurungan.
1. Sindrom Prahaid
Masih tidak jelas bagaimana sindrom ini menyebabkan kemurungan.
Tetapi, dipercayai perubahan hormon boleh mempengaruhi tahap serotonin (hormon gembira) yang mempengaruhi mood wanita.
Namun gejala sindrom ini adalah sementara termasuk rasa kembung perut dan sakit kepala.
Kemurungan bukan gejala sindrom prahaid yang kerap. Tetapi dalam beberapa kes, gejala ini boleh menjadi lebih teruk.
Pada tahap ini, sindrom prahaid boleh dianggap sebagai gangguan disforia prahaid iaitu salah satu jenis kemurungan.
2. Kemurungan perinatal
Antara kemurungan yang berlaku ketika hamil atau selepas bersalin.
Hormon wanita berubah ketika hamil dan selepas bersalin yang boleh menyebabkan mood mereka berubah atau mengalami gejala kemurungan.
Gejala ini termasuk susah tidur malam, berniat menamatkan nyawa sendiri dan merasakan tidak boleh menjaga diri atau bayi.
Kejadian berlaku dalam kehidupan seperti masalah perhubungan, keguguran atau rasa tidak mendapat sokongan keluarga atau rakan boleh menimbulkan tekanan.
3. Kemurungan pramenopaus
Kemurungan jenis ini berlaku apabila wanita dalam fasa peralihan kepada menopaus.
Dalam tempoh ini banyak perubahan hormon dialami wanita yang membuatkan mereka kemurungan.
Kajian menunjukkan trauma masa lalu dan perkara negatif yang berlaku dalam kehidupan wanita boleh menyumbang kepada kemurungan pramenopaus.
Cara atasi masalah kemurungan wanita
1. Jumpa pakar psikiatri
Berjumpa pakar psikiatri boleh membantu wanita merawat masalah kemurungan.
Mereka gunakan perubatan psikiatri, ujian fizikal dan ujian makmal dalam rawatan.
Wanita yang mengalami kemurungan boleh luahkan perasaan kepada pakar psikiatri untuk mengelak gejala kemurungan menjadi lebih teruk.
2. Keluar rumah
Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit di luar rumah untuk menikmati cahaya matahari.
Cahaya matahari adalah sumber vitamin D yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan.
Tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi boleh meningkatkan risiko kemurungan. - HARIAN METRO
|