CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

‘Burger RM3, guna nuget saja’

[Copy link]
Post time 9-5-2025 10:31 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang ibu tidak puas hati terhadap kualiti dan harga makanan yang dijual di kantin sekolah anaknya yang disifatkan tidak setimpal dengan bayaran.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh @Leena.scha, wanita itu berkongsi pengalamannya melihat sendiri murid-murid dikenakan bayaran RM3 untuk sebiji burger bersaiz kecil dengan menggunakan daging nuget biasa.


-Advertisement-

“Saya pun salah seorang yang pernah tengok depan mata. RM3 tapi burger mini je, daging pun pakai nuget macam tu. Beli tepi jalan pun dapat penuh.


“Saya tak boleh hadam lah. RM3 tu ‘standard size’ kot. Kasihan anak-anak, bukan semua orang mampu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.


Tambah wanita itu, pengurusan kantin perlu memberi perhatian memandangkan isu kualiti makanan telah beberapa kali dibangkitkan oleh ibu bapa.


“Video ni sampai dalam group ibu bapa sekolah. Saya pun ada anak-anak bersekolah di sini. Sekolah memang okey, terbaik… tapi bab kantin ni tak tahu apa masalahnya.


“Harap pihak bertanggungjawab tolong jenguk dan bantu apa yang patut. Kesian anak-anak,” ujarnya.


Menurutnya, ramai ibu bapa yang bekerja hanya mampu mengharapkan anak-anak mendapat makanan seimbang dan berkualiti di sekolah, namun situasi seumpama ini amat mengecewakan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pengalaman yang sama.


“Saya pun hari tu nak mengadu dalam group sekolah. Anak saya beli burger, tapi bila buka, daging tak ada. Roti dengan sos je,” tulis @Mailovemann.


“Mahal juga mini burger macam tu. Dekat tempat saya, burger tepi jalan RM2.50 dah boleh dapat burger ayam, daging atau benjo,” komen @Aienelysh4.


“Anak saya di sekolah, kantin jual nasi lemak RM3… tapi bahagian nasi cuma dapat tiga ke empat suap saja. Untuk budak sekolah rendah, harga RM3 agak mahal,” kata @Myrra.anuar. – KOSMO! ONLINE.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.248888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list