CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9986|Reply: 0

PDRM umum pertukaran 22 pegawai kanan

[Copy link]
Post time 5-5-2025 10:49 PM | Show all posts |Read mode
PDRM umum pertukaran 22 pegawai kanan

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 5, 2025 @ 8:59pm




Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan membabitkan 22 pegawai kanan pasukan itu, berkuat kuasa 9 Jun ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah, berkata pertukaran membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Mahidisham Ishak.

Beliau berkata, Mohd Mahidisham dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan), JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Ketua Penolong Pengarah (Kewangan), Bahagian Kewangan / Perolehan / Kepolisan Am, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Rohana Abdul Rahman, pula dilantik ke jawatan Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) di jabatan sama dengan memangku pangkat SAC.

"ACP Zuraimi Zam Zam, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah bahagian sama dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pertukaran lain, katanya, membabitkan Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan dan Koordinasi), Sarawak, ACP Mahbub Mustofa Norsalim bertukar sebagai Penolong Pengarah E8A, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

"ACP Dr S Parusuraman yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan (Polis Bantuan / Agensi Kawalan Keselamatan), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, kini dilantik sebagai Ketua JPJKK, Sarawak.

"Beliau akan memangku pangkat SAC.

"ACP Ahsmon Bajah bertukar daripada jawatan Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah kepada Ketua Jabatan Pengurusan, Sabah dengan memangku pangkat SAC," katanya.

Selain itu, katanya, ACP Zulkifli Abu Bakar yang menyandang jawatan Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Sarawak, dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Kamaruzaman berkata, ACP Suffian Sulaiman yang bertugas sebagai Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di jabatan sama, juga memangku pangkat SAC.

"Pertukaran turut membabitkan Supt Hal Ehwal Perundangan, Urusetia JSJ Bukit Aman, Superintendan Siti Rozaida Aripin dinaikkan ke jawatan ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, Urus Setia Pejabat KPN.

"Superintendan Mohd Khairul Al Helmi Burhanuddin pula bertukar dari jawatan Supt Pengajian Sains Kepolisan (5) Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM ke jawatan ACP Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat ACP," katanya.

Selain itu, Superintendan Nor Hafizah Nor Hamid yang sebelum ini bertugas sebagai Ajutan Bahagian Urus Tadbir/Kepolisan Am, Maktab PDRM, dilantik sebagai ACP Pensyarah Cawangan Pengajian Siasatan Jenayah, Maktab PDRM.

Pegawai lain yang ditukar jawatan membabitkan pelbagai bahagian termasuk Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Polis Marin, kontinjen negeri serta Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1392598/pdrm-umum-pertukaran-22-pegawai-kanan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 20178 Replies : 24
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 1265 Replies : 5
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 23521 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41484 Replies : 529
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23616 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364255 Replies : 3552
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19986 Replies : 8
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 66928 Replies : 48
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31938 Replies : 24
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 31051 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.849244 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list