CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10318|Reply: 0

Resort dalam kolej? Port bercuti serba lengkap boleh main air sampai puas, harga serendah RM11 jer

[Copy link]
Post time 2-5-2025 10:24 AM | Show all posts |Read mode


KEUNIKAN taman tema air mini dengan tiga jenis kolam menjadi antara kelebihan buat Quinara Al Safir Resort di Jalan Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu untuk tampil berbeza berbanding penginapan lain.


Menariknya, bukan sahaja dibuka kepada penginap, malah orang ramai juga boleh terus datang untuk bermain air sampai puas dengan bayaran hanya masuk pada kadar RM15 hingga RM18 untuk dewasa.


Untuk si cilik, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pula hanya dikenakan caj masuk RM11 hingga RM12 sahaja bagi menikmati kemudahan kolam kanak-kanak, separa kanak-kanak dan dewasa.






Pemiliknya, Ahmad Razmi Abd Rahman berkata, fasiliti menyeronokkan itu ditawarkan seiring permintaan semasa pelancongan lokal khususnya kepuasan buat si kecil.


“Alhamdulillah sambutan cukup luar biasa, ditambah kelengkapan serba jangkap seperti dewan kaca, ruang seminar, kafe, lif, parking dan dataran yang luas,” katanya.


Secara keseluruhan, terdapat 48 bilik yang terdiri daripada Superking Deluxe, Superior Queen dan Studio Suite yang mesra OKU pada harga bermula RM171.72 hingga RM356.40 semalam


Bersembang dengan bapa kepada lima cahaya mata itu, rupanya-rupanya kebanyakan pekerja resort ialah pelajar Kolej Kemahiran Inforana miliknya.






Menurut usahawan berusia 55 tahun itu, Quinara Al Safir Resort menjadi buah tangan kedua selepas penubuhan Kolej Kemahiran Inforana yang mengkhususkan pengajian kulinari.


“Ini bukan sekadar resort semata-mata tetapi pusat latihan perniagaan buat anak-anak supaya mereka dapat meneruskan legasi dengan masa depan lebih baik.


“Bahkan, saya mahu melahirkan lebih ramai anak yang berjaya dalam bisnes pelancongan. Jaminan pekerjaan sudah tersedia selepas mereka tamat belajar nanti,” tuturnya.






Meski sudah bertapak sejak tahun 2006 lagi, namun penginapan seluas 3.64 hektar itu masih relevan dan terus menjadi pilihan pengunjung terutamanya syarikat korporat.


Mana tidaknya, tempahan penuh setiap hujung minggu dengan pelbagai aktiviti dan majlis seperti perkahwinan, minum petang, hari keluarga, seminar dan majlis hari raya.


Malah, bukan hanya dapat menghabiskan masa bermain air, pengunjung juga boleh singgah melihat haiwan jinak di Taman Arnab dan Taman Rusa berhampiran.


Sebagai perancangan masa depan, suri hati kepada Naimatulasma Abdullah, 49, itu juga sedang menunggu kebenaran merancang bagi projek pangsapuri perkhidmatan setinggi 13 tingkat.


“Bagi menampung permintaan ramai, kami mahu membina pangsapuri dengan 288 unit pada tanah yang masih berbaki 1.2 hektar lagi. Doakan projek ini berjaya,” ujarnya penuh semangat. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059184 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list