CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1125|Reply: 0

Tak hanyut dalam fasa penafian

[Copy link]
Post time 2-5-2025 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 2-5-2025 08:21 AM



Shah Alam: Sebaik sahaja anak keduanya, Nourhan Fareel, 6, didiagnos mengalami Gangguan Spektrum Autisme (ASD), tiga tahun lalu, Nadiah Jamaluddin, tidak berdiam diri dan mula mencari maklumat berkaitan pusat intervensi awal.


Suri rumah itu tidak hanyut dalam fasa penafian berikutan sedar masa adalah emas bagi kanak-kanak ASD dan tempoh enam tahun pertama perlu digunakan sebaik-baiknya untuk intervensi awal.


Nadiah berkata, dia menyedari Nourhan mengalami masalah perkembangan ketika berusia setahun enam bulan berikutan masih tidak dapat bertutur walau sepatah perkataan.

Dia dan suami, Farhan Yazeed, 38, memantau perkembangan Nourhan berikutan simptomnya semakin jelas pada usia dua tahun.


"Ketika itu, Nourhan gagal memberi tindak balas mata selain tidak menjawab apabila dipanggil.


"Selepas melakukan pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan, Nourhan terus dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut berikutan keputusan pemeriksaan mata serta telinganya normal.


"Dia di bawah pemerhatian doktor hampir setahun sebelum disahkan mengalami ASD sederhana dan Speech Delay (lambat bertutur).


"Berita itu sudah dijangka dan kami berdua menerimanya dengan hati terbuka kerana ia bukanlah pengakhiran hidup untuk Nourhan," katanya.



Menurut Nadiah, usahanya mencari pusat intervensi awal yang sesuai dan berpatutan bukan mudah disebabkan lokasi tempat tinggal mereka agak jauh dari bandar utama iaitu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.


"Usaha untuk mencari pusat intervensi berakhir apabila Nourhan diterima masuk ke Program Pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) tahun lalu.


"Intervensi perlu dilakukan seawal mungkin berikutan kanak-kanak istimewa ini mudah diajar pada usia muda," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.978361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list