CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 618|Reply: 1

Netizen Geleng Kepala Wanita Ini Jadikan Video Anaknya Rosakkan Pelamin Pengantin Sebagai Konten Kelakar

[Copy link]
Post time 30-4-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 30-4-2025 07:48 AM



Netizen tidak faham bagaimana seorang wanita boleh anggap tindakan anak kecilnya merobohkan pelamin sebagai konten kelakar.


Terdapat satu video tular di mana pengantin perempuan kelihatan sangat bengang melihat kelakuan seorang kanak kanak yang nakal dan telah merosakkan pelamin mereka.


Video tersebut menunjukkan reaksi wajah pengantin perempuan kelihatan agak kecewa.




Seorang wanita tampil, mengakui bahawa dia adalah ibu kepada kanak kanak nakal itu. Dia menjawab komen daripada netizen lain yang berkata:


“Perghhh, kalau aku jadi pengantin perempuan memang terus bad mood. Dah la baru sesi makan beradab. Belum bergambar lagi pelamin dah [musnah] begitu.”




Dia berkata: “Berkaitan dengan video pelamin anganku musnah semalam, ianya sangat tidak disangka sangka,” katanya sambil menahan ketawa.


“Aku memang tak sangka yang anak aku akan buat macam itu.


“Pertamanya, anak aku ini teruja sebab ada kawan kawan lain yang bermain bersama dengannya di atas pelamin. Dan aku tengah sibuk nak ambil gambar pengantin yang tengah makan beradab itu.


“Anak aku naik ke atas pelamin dan bermain kejar kejar bersama kawan sebaya dia. Lalu kawan dia tadi duduk di atas kerusi pelamin tersebut.


“Dan anak aku, memang tidak disangka sangka ya, dia pergi ke arah sofa itu dan tolak sofa itu ke belakang.


“Aku sangkakan, sofa pelamin itu sahaja yang jatuh ke belakang. Tak sangka sekali dengan back drop pun roboh sekali.




“Bila aku tengok balik video itu, aku tergelak. Sedangkan bila detik insiden itu terjadi, memang ada rasa nak marah. Namun pada masa yang sama aku anggap benda itu kelakar juga.


“Sumpah kelakar sangat, dan ini pertama kali benda ini terjadi,” katanyya sambil ketawa dan memgakui rasa malu ketika itu kerana semua orang melihat kejadian tersebut.


Suaminya bergegas cuba memperbetulkan semula pelamin yang roboh itu. Dan selepas selesai dia terus mengajak suaminya balik sebab rasa malu.”




Dia kemudian menyatakan: “Ini satu pengajaran kepada saya dan semua orang, jangan bagi anak main dekat pelamin.”


Wanita itu menegaskan bahawa dia meminta maaf kepada rakannya yang kahwin pada majlis tersebut.


Netizen kemudian tidak faham kenapa wanita itu boleh ada keberanian membuat video TikTok dan menjadikan perkara itu sebagai konten kelakar.


“Mengucap panjang tengok mak dia rasa lucu,” tulis Faiz di X.


Yang lain menegaskan bahawa wanita itu sepatutnya berdiam sahaja dan tidak perlu membuat ulasan bahawa perkara itu kelakar.


Cukuplah dengan memuat naik video meminta maaf dan bukannya menjadikan ia konten kelakar sambil ketawa mengekek.


Netizen menasihati wanita itu agar menjaga anaknya dengan lebih baik di majlis dan hari penting orang lain selepas ini.


Seterusnya, ada juga menyatakan bahawa peristiwa ini akan diingati pengantin sampai bila bila, pada masa yang sama berharap keluarga budak itu untuk membayar ganti rugi  dan video permohonan maaf.


Walaupun ada pihak pengantin memberikan kenyataan memahami kerenah kanak-kanak namun sikap wanita tersebut yang menjadikan kejadian berkenaan sebagai perkara lucu masih dianggap tiada 'common sense'.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2025 09:00 PM | Show all posts
Serius la dia rasa lawak anak dia robohkan pelamin. Pengantin x kisah tu hal lain tau… kisah tak kisah, perangai anak tu x lawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.501296 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list