CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1110|Reply: 0

Mahu kejar impian dalam bidang perubatan, wanita tekad ambil SPM pada usia 36 tahun

[Copy link]
Post time 28-4-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode


SEORANG wanita berusia 36 tahun bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini demi merealisasikan impiannya dalam menceburi bidang perubatan.


Usahawan, Rusni Shafiya Ruslan berkata, beliau mengambil tiga subjek dalam aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik dan Kimia bagi peperiksaan tersebut.


Rusni berkata, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong utama untuk beliau mengejar cita-cita sebagai seorang doktor, meskipun usianya hampir mencecah 40 tahun.


“Ibu saya hanya tergelak apabila saya nyatakan hasrat untuk mengambil semula SPM tetapi adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah menjadi sumber inspirasi terbesar saya.


“Rakan-rakan saya dalam bidang perubatan juga sering berkongsi kisah kerjaya mereka yang menyemarakkan lagi minat saya terhadap dunia hospital dan bidang perubatan,” katanya.


Rusni Shafiya yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat terhadap bidang perubatan telah mula berputik sejak zaman kanak-kanak lagi.


Namun, sebagai seorang ibu kepada tiga anak, beliau terpaksa mengetepikan impiannya dahulu disebabkan kekangan kewangan dan komitmen keluarga.


“Tahun ini, saya nekad untuk mencuba semula. Kini, saya memberi tumpuan kepada subjek-subjek penting seperti Biologi, Fizik dan Kimia.


“Perancangan saya selepas ini adalah untuk menyambung pengajian ke program asas universiti. Saya lebih cenderung kepada program asas berbanding Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana ia lebih intensif dan suasananya hampir menyerupai pembelajaran di universiti.


“Sekiranya semuanya berjalan lancar, saya anggarkan tempoh enam tahun diperlukan untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.


Mengulas mengenai bidang kepakaran yang diminati, Rusni Shafiya berkata, beliau masih belum membuat pilihan muktamad.


“Saya ada sedikit kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) atau Pediatrik, tetapi saya terbuka untuk meneroka bidang lain semasa dalam pengajian nanti.


“Saya yakin dengan usaha dan sokongan, insya-ALLAH impian saya akan menjadi kenyataan,” tambahnya. — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list