CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 949|Reply: 0

Seni pilihan tepat

[Copy link]
Post time 26-4-2025 05:36 PM | Show all posts |Read mode

SEBAIK tiba di sebuah banglo di Hulu Langat, Selangor, penulis disambut pemiliknya yang sedia menanti di pintu rumah

Penulis terus dibawa ke dapur di mana Nor Asyikin Abdullah, 34, dan pembantunya, Nur Athirah Mahat, 29, sedang leka menyiapkan mural dengan tema bunga matahari yang memenuhi dinding berukuran 30 kaki (panjang) x 9 kaki (tinggi).

Biarpun masih berbaki 50 peratus untuk siap sepenuhnya, lukisan mural diusahakan sejak beberapa hari lalu mampu membuat sesiapa sahaja terpesona dengan ketelitian dan kehalusan karya seni berkenaan.

Nor Asyikin berkata, lukisan mural dengan tema bunga matahari itu permintaan pemilik kediaman sebagai tanda ingatan terhadap arwah ibunya yang amat meminati bunga matahari.

"Saya memikul amanah memastikan mural yang mempunyai nilai sentimental dan mengembalikan nostalgia pemilik kediaman dengan arwah ibunya dapat dihasilkan dengan baik.

"Saya suka projek sebegini kerana dapat mengaitkan mural dihasilkan dengan kehidupan pemilik kediaman," katanya.

Katanya, mural yang baik dapat memberi kepuasan dan kegembiraan kepada setiap pelanggannya.

"Saya menginginkan mural yang ditatap setiap hari dapat memenuhi keinginan mereka. Sebagai contoh mural di rumah, kebanyakan inginkan lukisan yang dapat memberi mood tenang dan sedap memandang manakala di pejabat, karya seni ini dapat menaikkan semangat untuk bekerja.

WM

Seni pilihan tepat

Muhamaad Razis Ismail

description

UTAMA kepuasan pelanggan dalam setiap penghasilan mural.

Disyorkan

Mutakhir

Apr 23, 2025 @ 3:07pm

Bantulah kami! Banyak perkakas rumah jahanam

Mutakhir

Apr 24, 2025 @ 4:55pm

Diuji sebelum SPM: Anak penjaga stor baja raih 9A

LAGI BERITA

Dapatkan baucar tunai dengan menjawab soalan kajian selidik

×

Apakah jantina anda?

Lelaki

Perempuan

Masuk | Daftar

VPoints:

0

ADVERTISEMENT

"Saya memikul amanah memastikan mural yang mempunyai nilai sentimental dan mengembalikan nostalgia pemilik kediaman dengan arwah ibunya dapat dihasilkan dengan baik.

"Saya suka projek sebegini kerana dapat mengaitkan mural dihasilkan dengan kehidupan pemilik kediaman," katanya.

Katanya, mural yang baik dapat memberi kepuasan dan kegembiraan kepada setiap pelanggannya.

"Saya menginginkan mural yang ditatap setiap hari dapat memenuhi keinginan mereka. Sebagai contoh mural di rumah, kebanyakan inginkan lukisan yang dapat memberi mood tenang dan sedap memandang manakala di pejabat, karya seni ini dapat menaikkan semangat untuk bekerja.

"Penghasilan mural di tempat terbuka dapat menambah nilai kepada sesuatu tempat sebagai tarikan untuk bercerita berkenaan sejarah atau latar belakang lokasi itu dan mengabadikan kenangan di situ," katanya.

Menyingkap profil wanita ini dalam seni mural negara, Nor Asyikin bukanlah calang-calang individu kerana sudah terbabit dalam bidang berkenaan sejak sedekad lalu.

Anak jati Shah Alam, Selangor ini berjaya membuktikan kemampuannya menempa nama dalam bidang yang sebelum ini dipelopori lelaki. Hasil karya seni ibu kepada seorang anak ini boleh dilihat di beberapa lokasi termasuk di Beruas, Manjung di Perak dan Glenmarie (Selangor).

Menelusuri kembali perjalanan Nor Asyikin sebagai pelukis mural, sebenarnya wanita ini memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang perundangan.

Nor Asyikin berkata, mengikut perancangan dia ingin menjadi peguam syariah dan tidak menyangka akan terbabit secara sepenuh masa sebagai pelukis mural.

Katanya, pembabitannya dalam bidang seni pada mulanya hanya sebagai minat mengisi masa lapang.

"Ketika bekerja separuh masa di kedai rakan, saya diminta melukis mural di belakang restoran dengan 'belanja' makan dan minum sebagai upah. Oleh kerana minat, saya sahut cabaran itu biarpun tidak pernah melukis mural.

"Selepas itu, pemilik kedai perkenalkan saya kepada rakan lain. Sejak itu, saya mula terima banyak tempahan biarpun pada ketika itu masih pelatih dalam kamar dan kemudian bekerja di firma guaman. Pada sebelah siang saya di pejabat dan malam saya akan melukis mural," katanya.

Kemudian, Nor Asyikin mengambil keputusan berhenti bekerja dan tidak mengambil apa-apa tempahan mural kerana ingin menjaga ibu yang sakit di rumah.

"Selepas ibu meninggal dunia, saya tidak sangka masih ramai ingin menggunakan khidmat saya untuk melukis mural.

"Menyedari terdapat permintaan, saya mula serius menjadikan lukisan mural sebagai kerjaya sepenuh masa sehingga ke hari ini. Sehingga kini saya sudah melukis di lebih 200 dinding di beberapa negeri," katanya.

Menurutnya, selain melukis mural di kediaman, pejabat, sekolah dan restoran, dia turut melukis di ruangan awam yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antaranya di Beruas dan Manjung, Perak.

"Di Beruas, saya melukis pada dinding berukuran 325 kaki (panjang) dan 11 kaki (tinggi) berkenaan sejarah daerah itu sebagai Gangga Negara yang mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan.

"Manakala di Manjung, saya melukis di sebuah dinding berukuran 400 kaki di pasar lama bersama 11 pelukis mural lain," katanya.

Mempunyai jiwa yang lasak, Nor Asyikin berkata, pelukis mural terutama wanita perlu memiliki jiwa kental dan tidak mudah koyak untuk terus kekal dalam bidang mencabar ini.

"Ketika bekerja di luar, anda akan diuji dalam keadaan cuaca tidak menentu seperti hujan dan panas yang boleh memberi ketidakselesaan kepada individu yang tidak mempunyai daya tahan yang kuat.

"Pada masa sama, seseorang itu perlu melawan rasa gayat untuk melukis di tempat tinggi. Saya sendiri pernah memanjat perancah untuk melukis di tempat tinggi dengan sentiasa menitik beratkn keselamatan termasuk pemakaian peralatan keselamatan.

"Selain itu, pekerjaan ini menuntut seseorang itu bekerja di luar kawasan dan berjauhan daripada keluarga untuk satu tempoh tertentu bergantung kepada projek dilaksanakan," katanya.

Nor Asyikin bersyukur kerana keluarga terutama suami sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk terus terbabit dalam bidang seni itu.

"Suami faham skop pekerjaan saya ini yang memerlukan bekerja luar kawasan dan bekerja dalam persekitaran mencabar.

"Biarpun begitu, setiap kali ditawar projek tertentu, saya akan dapat restu suami. Kadang kala, apabila perlu berada di luar kawasan untuk tempoh lama, saya bawa sekali suami dan anak," katanya.

Ditanya perancangan masa hadapan, Nor Asyikin berhasrat memiliki syarikat perkhidmatan melukis mural yang dapat menjadi platform kepada pelukis mural di negara ini.

"Saya ingin menjadi hab supaya mana-mana pihak yang inginkan mural, boleh berhubung dengan syarikat ditubuhkan oleh individu yang mahir dengan selok-belok bidang ini.

"Negara kita ada ramai pelukis berbakat dan harapan saya, pihak berkuasa tempatan atau majlis daerah terus memberi peluang pada anak tempatan untuk menterjemahkan karya seni mereka di dinding, sekali gus dapat membantu merealisasikan objektif melestarikan sesuatu tempat dengan mural," katanya. - HARIAN METRO

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069481 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list