CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

Waspada cedera pergelangan tangan

[Copy link]
Post time 22-4-2025 09:11 PM | Show all posts |Read mode


Bagi mereka yang aktif bersukan membabitkan pergerakan pergelangan tangan seperti badminton, skuasy, bola tampar atau bola sepak, kecederaan di bahagian itu sudah pasti menjadi sesuatu yang ingin dielakkan kerana ia boleh menyebabkan rasa sakit berpanjangan.


Pakar Perunding Tangan dan Pembedahan Mikro, Dr Ravindran Thuraisingham berkata, kecederaan tangan dan pergelangan tangan sering dialami atlet serta mereka yang aktif. Kecederaan yang lazim berlaku termasuklah terseliuh, patah tulang, ligamen terkoyak, kecederaan tendon dan Sindrom Carpal Tunnel (Carpal Tunnel Syndrome, CTS).


"Kajian menunjukkan bahawa keadaan CTS yang disebabkan tekanan pada saraf median di pergelangan tangan menjejaskan 20 hingga 60 peratus rakyat Malaysia. Ia menyebabkan rasa sengal, kebas dan lemah pada tangan.


"Satu lagi kecederaan yang lazim berlaku ialah koyakan padaligamen pergelangan tangan seperti koyakan ligamen (TFCC) yang terjadi akibat pergerakan pergelangan tangan berulang kali terutamanya dalam sukan seperti badminton dan bola keranjang," katanya.




"Proses penyembuhan biasanya mengambil masa selama beberapa minggu dan pesakit boleh mula bersukan selepas tiga bulan. Sebelum adanya kemajuan ini, pembedahan tangan secara tradisional memerlukan potongan yang lebih besar, katanya.


"Perkara ini juga memanjangkan tempoh tinggal di hospital dan tempoh pemulihan mereka akan memakan masa selama lebih daripada tiga bulan. Walaupun dengan rawatan canggih, komitmen pesakit dalam rehabilitasi memainkan peranan besar dalam memastikan pemulihan yang berjaya," katanya.


Katanya, peminat sukan dan atlet yang tekun menjalani rutin fisioterapi sering kali pulih sepenuhnya dengan hasil prestasi sama berbanding sebelum kecederaan.


"Dengan pendekatan dan sokongan yang betul, ramai pesakit saya berjaya mencapai tahap pergerakan serta kekuatan yang lebih baik daripada sebelum pembedahan," katanya.


Pakar itu turut menyarankan supaya atlet dan orang awam mengamalkan senaman untuk menguatkan tangan serta pergelangan tangan. Aktiviti-aktiviti seperti latihan regangan berkala, senaman kekuatan serta teknik yang betul dapat mengurangkan risiko kecederaan dengan ketara.




"Seiring dengan perkembangan pesat landskap sukan dan kecergasan di Malaysia, kesihatan tangan dan pergelangan tangan tidak boleh diabaikan. Diagnosis awal, rawatan yang berkesan dan langkah pencegahan adalah kunci untuk memastikan kesihatan dan prestasi jangka panjang.


"Dengan mengutamakan pencegahan, mendapatkan rawatan segera dan mengambil pendekatan kolaboratif terhadap rehabilitasi, atlet dan mereka yang aktif dapat mengekalkan kekuatan tangan mereka serta terus mengejar minat mereka dalam dunia sukan dengan penuh keyakinan," katanya.


Tambahnya, terdapat program rehabilitasi khusus untuk atlet yang sedang pulih daripada kecederaan tangan dan pergelangan tangan.


"Program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit, bermula dari diagnosis hingga pemulihan dengan menggunakan kemudahan berteknologi canggih di bawah penjagaan pakar.


"Menariknya program ini merangkumi rehabilitasi untuk pemulihan fungsi tangan dan bahagian atas badan menggunakan teknik moden seperti fluidoterapi, ultrasound terapeutik, terapi rangsangan elektrik dan penggunaan 'splint' khas," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list