CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1329|Reply: 1

[SEJARAH] KEMENYAN | Di sebalik magis bau, asap dan kepercayaan

[Copy link]
Post time 21-4-2025 10:59 PM | Show all posts |Read mode


DALAM masyarakat Melayu, membakar kemenyan sinonim dikaitkan dengan urusan mistik seperti ‘memanggil’ atau untuk berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Kemenyan juga turut digunakan dalam rawatan tradisional, bacaan tahlil, majlis kenduri dan kematian. Amalan ini juga ada persamaan dengan sebahagian masyarakat di dunia, terutama ritual kaum Cina dan India.


Mengapa wujud persamaan ini? Apakah dengan perkongsian budaya ini, fungsi dan tujuan penggunaannya juga serupa?


Kemenyan dihasilkan dari getah pokok Styrax benzoin Dryand. Tumbuhan ini terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara ASEAN yang dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia. Penganut agama Hindu menggunakan dupa dan Buddha pula membakar hio yang juga sejenis kemenyan.




Sejarah kemenyan sangat panjang. Bagaimana masyarakat di Nusantara, khususnya Malaysia boleh mengenal kemenyan, malah sampai sekarang masih menggunakannya dalam upacara tertentu, harus kembali kepada asal-usul.


Pertama, mengapa orang asli pada hari ini ada yang masih berpegang kepada semangat animisme? Sebabnya, itu merupakan kepercayaan asal nenek moyang kita terdahulu. Bagaimanapun, pegangan ini berubah selepas kerajaan Sriwijaya datang ke Tanah Melayu pada abad ketujuh. Kerajaan ini banyak dipengaruhi budaya Hindu dan agama Buddha.


Pada waktu itulah tersebarnya pengaruh agama Hindu dan Buddha berserta penggunaan kemenyannya. Dari sinilah juga bermulanya orang-orang terdahulu sehingga generasi sekarang mengenali kemenyan. Dan semenjak itu, amalan ini diperjuangkan seterusnya dipraktikkan, terutama dalam ritual keagamaan. Soalnya, untuk apa ia dibakar?   




Kemenyan apabila dibakar akan mengeluarkan asap dan bau yang khas. Kerana aroma itulah ia digunakan sebagai alat penghubung antara manusia dan roh-roh halus. Penganut Hindu dan Buddha percaya kepada dewa-dewa. Justeru, kemenyan dibakar untuk memohon agar para dewa memberikan keselamatan dan segala kebaikan. Bau dan asapnya yang mewangi pula simbol kepada keperibadian dan bersangka baik kepada orang lain. Selain mengharumkan rumah dengan bahan-bahan alamiah sebagai memudahkan meditasi.


Namun, sebahagian kepercayaan itu didapati wujud percampuran antara pegangan lama, iaitu animisme dan anutan baru ini. Antaranya, mereka percaya bahawa manusia yang telah meninggal dunia hanya pada jasad. Tetapi, roh si mati tetap dianggap hidup dan berkelana di atas dunia. Dengan membakar kemenyan, arwah akan terhidu dan ‘terpanggil’ untuk datang. Kemudian memohon supaya roh-roh itu memberikan keselamatan atau perlindungan kepada anak cucu dan masyarakat desa.


Sehingga ke hari ini, dukun atau bomoh masih membakar kemenyan untuk mengubati pesakit dan sebagai transit mengenali pesakit. Misalnya, jika pesakit dirasuk hantu, pengasapan kemenyan dikatakan dapat membantu menghalau makhluk jahat dari tubuh pesakit. Di sinilah sebab mengapa kemenyan dibakar.


Lama kemudian, pedagang Muslim Arab dari Timur Tengah datang dan menyebarkan agama Islam di seluruh Nusantara. Pengaruh agama Islam menyebabkan raja Sriwijaya bernama Sri Indrawarman memeluk Islam pada tahun 718 Masihi. Akhirnya, ramai pengikutnya turut sama menukar agama dan menerima Islam.




Namun begitu, fungsi kemenyan tidak hanya memacu kepada amalan keagamaan dan mitos semata-mata. Satu perkara yang mungkin dilupakan – kemenyan merupakan bahan paling mewah dan berharga pada zaman dulu. Nilainya dikatakan lebih tinggi daripada emas. Sebab itu, pada tahun 78 Sebelum Masihi, saudagar India telah membawa kemenyan ke luar negara untuk didagangkan. Bermula dari situ, penggunaannya meluas dan beraneka.


Orang Somali dari Kenya, Sudan, Ethiopia dan Nigeria misalnya, mula menggunakan kemenyan bukan sekadar sebagai satu kelengkapan ritual, tapi kerap membakarnya sewaktu bersantai menghirup kopi. Pada kurun ke-14, di Eropah, khususnya Perancis, Jerman dan Inggeris, bahan ini digunakan dalam industri ubat-ubatan, makanan dan minyak wangi.




Penduduk di Semenanjung Scandinavia pula menggunakan kemenyan dalam pembuatan kuih kerana ia dipercayai dapat mengharumkan makanan. Sementara masyarakat terdahulu di Mesir menjadikan kemenyan sebagai salah satu ramuan penting dalam proses mengawet mumia. -UTUSAN TV


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 10:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.488483 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list